Thursday, July 31, 2008

Lawatan Kerja Ke Produksi Redang Digital

Pada 31hb Julai 2008 baru-baru ini, Kartunis dan juga Pelukis Tersohor, Jaafar Taib bersama Mohd Soupi Zami, atau lebih dikenali dengan Opie Zami bersama krew-krew yang lain telah mengadakan lawatan kerja untuk melihat perkembangan produksi di Redang Digital.

Jaafar Taib
yang dikenali melalui hasil-hasil lukisan seperti koleksi Birds Of Malaysia, hasil seni yang menggabungkan unsur kebudayaan dan usahawan yang berjaya melalui syarikat penerbitan Creative Enterprise.

Beliau telah turun ke Terengganu untuk melihat sendiri animasi anak tempatan yang dilahirkan melalui syarikat Redang Digital menerusi program yang dijalankan dibawah kelolaan UPMN iaitu D3D@Terengganu.

Kedatangan mereka diiringi oleh Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu, En Ishamudin Hashim dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin.


Pelawat diberi penerangan dan dibawa melawat tempat produksi.



Pelawat diiringi oleh En. Ishamudin dan En. Ahmad Azrin meninjau fasiliti yang terdapat disini

Pelawat ditunjukkan hasil kerja staf produksi Redang Digital Sdn Bhd


Pihak Redang Digital mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan anda semua.

Tuesday, July 29, 2008

Seminar Pendedahan Kandungan Kreatif

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan Multimedia Development Corporation (MDEC) telah menganjurkan Seminar Pendedahan Kandungan Kreatif yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada 29 Julai 2008. Sehubungan dengan itu, pihak UPMN telah mempelawa Redang Digital untuk menghantar wakil sebagai peserta bagi memeriahkan seminar tersebut.

Seramai 60 orang staff Redang Digital telah menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada staff produksi Chendering dan Pasir Panjang.

Suasana di dalam dewan seminar



Friday, July 25, 2008

Kursus Induksi Perantis Ambilan Kedua Parlimen Besut

Diadakan pada 23 dan 24 Julai 2008, bertempat di Dewan Sek Keb Permaisuri Nur Zahirah, Kg Raja, Besut. Majlis berjalan dengan lancar bermula daripada sesi bersama Unit Sumber Manusia RDSB,yang disampaikan oleh Cik Mazlina Mokhtar.

Seterusnya kata-kata semangat dan panduan kerjaya oleh En Izzat Fahmizan Mansor, Pegawai Penyelaras eFarm.

Hari kedua induksi, berlangsung dengan meriah melalui Kursus Asas Lakonan dikendalikan oleh En Shamsul Bahari, Pengarah Seni RDSB.


Sebahagian daripada perantis Ambilan Kedua Parlimen Besut
Hasil kreativiti perantis dalam aktiviti berkumpulan


Cik Mazlina Mokhtar memberi penerangan mengenai Unit Sumber Manusia


Aktiviti bersama En. Shamsul Bahri


Selamat Menjadi Warga Produksi Redang Digital Sdn Bhd diucapkan kepada semua yang terlibat.

Thursday, July 24, 2008

Kursus Induksi Di Hulu Terengganu


Diadakan pada 22 dan 23 Julai 2008, bertempat di Dewan Sivik, Majlis Daerah Hulu Terengganu. Majlis berjalan dengan lancar bermula daripada sesi bersama Unit Sumber Manusia RDSB (oleh : Cik Mazlina Mokhtar).

Seterusnya kata-kata semangat dan panduan kerjaya oleh En Izzat Fahmizan Mansor, Pegawai Penyelaras eFarm.

Turut meluangkan masa hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital , En Ahmad Azrin Abd Rahman untuk Sesi Review Projek RDSB dan Penyampaian Surat Tawaran Kerja beserta keputusan peperiksaan.

Hari kedua induksi, berlangsung dengan meriah melalui Kursus Asas Lakonan dikendalikan oleh En Shamsul Bahari, Pengarah Seni RDSB.



En. Izzat Fahmizan memberi nasihat dan pengalaman yang berguna kepada para perantis



Para perantis menunjukkan daya kreativiti dalam sesi latihan dalam kumpulan(LDK)



En. Ahmad Azrin menyampaikan keputusan kepada perantis yang cemerlang dalam peperiksaan

Wednesday, July 16, 2008

Kem Pembangunan Produksi Kreatif

Baru-baru ini pihak Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan Program Pembangunan Produksi Kreatif untuk sebahagian kakitangan unit produksi bagi memberi pendedahan berkenaan dunia produksi dan animasi 3D.

Program selama 3 hari ini telah diadakan di Pusat Peranginan Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir pada akhir bulan Jun yang lalu.

Sesi posing sebelum bertolak ke Tasik Kenyir.


Che Ku sebagai Ketua Projek sedang memberi taklimat ringkas berkenaan program.


Sebahagian peserta yang terlibat tekun mendengar taklimat.


Sesi perbincangan di antara ahli kumpulan

Panorama cantik pulau-pulau di Tasik Kenyir


Sesi Kuliah Subuh


En Zahuri sedang menunjukkan skill menunggang Motor Gaban menuruni bukit.

Sememangnya program yang diadakan ini banyak memberi manfaat dan pendedahan berkenaan dunia animasi dan produksi bagi kakitangan Redang Digital yang terlibat.

Syabas diucapkan kepada peserta dan pihak urusetia yang terlibat.

Sunday, July 13, 2008

Kursus Animasi 3D Bescomm

Sesi jelajah Kursus Animasi 3D di seluruh Pusat Bestari.Comm Negeri Terengganu telah dijalankan baru-baru ini.

Kursus yang diadakan selama 2 hari ini difokuskan kepada semua golongan masyarakat bertujuan untuk mendedahkan penggunaan animasi dan komputer, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi Pusat Animasi Terunggul di rantau ini.


Peserta kursus merujuk kepada buku panduan yang disertakan

Tenaga pengajar meniliti hasil kerja setiap peserta kursus

Suasana pembelajaran kursus