Siri TV animasi 3D Chiee : Pengembaraan Si Genius Musim Pertama , kini telah diulang tayang untuk tatapan anda semua. Jangan lupa untuk menyaksikan tayangannya di RTM saluran TV2 pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi. Pihak produksi ingin menjemput menonton siaran ulangan ini bagi peminat setia yang telah terlepas menonton pada sesi yang lepas. Semoga semua penonton terhibur dengan telatah Chiee dan rakan-rakannya.
Monday, January 9, 2012
Siaran Ulangan Chiee : Pengembaraan Si Genius
Siri TV animasi 3D Chiee : Pengembaraan Si Genius Musim Pertama , kini telah diulang tayang untuk tatapan anda semua. Jangan lupa untuk menyaksikan tayangannya di RTM saluran TV2 pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi. Pihak produksi ingin menjemput menonton siaran ulangan ini bagi peminat setia yang telah terlepas menonton pada sesi yang lepas. Semoga semua penonton terhibur dengan telatah Chiee dan rakan-rakannya.
Labels:
Chiee Pengembaraan Si Genius
Thursday, December 29, 2011
Majlis Perpisahan Nor Azlina Dan Nurul Ezati
Pada 29 Disember 2011, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi menghargai jasa salah seorang kakitangan RDSB iaitu Nor Azlina Binti Abdul Aziz yang bertugas sebagai Texture Artist dalam unit Pra-Produksi. Beliau tidak lagi dapat bersama-sama RDSB kerana akan berpindah ke Pahang.Turut diraikan pelatih praktikal daripada Universiti Teknikal Malaysia , Melaka (UTeM) iaitu Nurul Ezati Binti Hassan yang tamat tempoh praktikal beliau pada 29 Disember 2011.Pihak RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Nor Azlina dan Nurul Ezati dalam menempuh cabaran mendatang dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih diatas segala jasa dan sumbangan mereka kepada pihak syarikat.
Labels:
Jamuan,
Majlis Perpisahan
Sunday, July 3, 2011
Lawatan Dari Tadika Islam Pintar Kuala Terengganu
Pada 30 Jun 2011 baru-baru ini, seramai 15 orang murid dari Tadika Islam Pintar diiringi oleh 4 orang guru telah datang melawat ke Redang Digital Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada proses menghasilkan sesebuah cerita animasi 3D. Ini merupakan buat pertama kalinya RDSB menerima lawatan daripada adik-adik yang belum lagi memasuki ke alam persekolahan.
Adik-adik kita ini di bawa melawat ke studio Pra-Produksi, Studio Animation dan juga Studio tayangan 3D Stereoscopic.
Adik-adik kita sedang mendengar taklimat ringkas daripada pihak RDSB
Sesi tayangan 3D Stereoscopic dan juga tayangan istimewa sedutan episod Taman Laut Musim 2
Kakitangan RDSB sedang melayan telatah adik-adik kita di Studio Pra Produksi.
Kakitangan RDSB sedang melukis karakter untuk dijadikan hadiah kepada adik-adik kita.
En Ahmad Azrin B. Abd Rahman sedang menghadiahkan cenderamata kepada semua muriddari Tadika Islam Permata KT.
Adik-adik kita dari Tadika Islam Pintar Bergambar Kenangan Bersama Wakil Pihak RDSBPihak RDSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tadika Islam Pintar Terengganu kerana melawat produksi kami dan semoga lawatan ini mampu memberikan sedikit pendedahan awal dalam membentuk insan yang kreatif dan inovasif serta dapat menanam minat kepada adik-adik kepada bidang animasi.
Labels:
Lawatan,
Lawatan dari Tadika Islam Pintar
Wednesday, June 1, 2011
Majlis Perpisahan Muhammad Faiq
Redang Digital Sdn. Bhd. telah mengadakan majlis perpisahan Muhammad Faiq Bin Abdul Halim iaitu pelatih praktikal daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang telah menamatkan latihan praktikal di sini pada 1 Jun 2011. Beliau telah menjalani latihan selama lima bulan di Redang Digital.
En. Ahmad Azrin Bin Abd Rahman sedang memberikan kata-kata semangat kepada Faiq agar terus berjaya di dalam industri Kreatif.
Antara petugas produksi yang hadir ke majlis perpisahan tersebut.Akhir kata, pihak produksi RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Muhammad Faiq Bin Abdul Halim dan beharap segala tunjuk ajar dan latihan selama lima bulan berada di RDSB dapat memberikan manfaat serta pengalaman baru di dalam bidang penerbitan animasi 3D.
Labels:
Jamuan,
Latihan Industri,
Majlis Perpisahan
Subscribe to:
Posts (Atom)








