Monday, March 30, 2009

Lawatan Ustaz Azmil Mustafa ke Redang Digital

Pada 30 Mac 2009 yang lalu, Redang Digital telah menerima kunjungan daripada bekas pelakon yang cukup popular suatu ketika dahulu iaitu Azmil Mustafa.

Beliau yang kini sedang menuntut di Syria telah meninggalkan bidang lakonan dan sekarang sedang bergerak aktif sebagai seorang pendakwah bebas dan sekarang dikenali sebagai Ustaz Azmil.


Walaupun telah meninggalkan bidang hiburan sejak sekian lama, beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan warga Redang Digital berkenaan industri animasi dan lakonan. Beliau turut dibawa untuk melihat proses animasi dijalankan.


En. Ahmad Azrin menunjukkan hasil produk Redang Digital Sdn. Bhd

Ustaz Azmil memberi penerangan tentang proses-proses pembikinan sesuatu filem


Masing-masing memberi tumpuan kepada penceramah yang hadir