Sunday, December 16, 2012

Majlis Perpisahan Pelatih Nur Fasihah Ibrahim

Pada Khamis  ,13 Disember 2012 satu majlis perpisahan pelatih praktikal iaitu Nur Fasihah Ibrahim  pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau telah menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di pejabat Redang Digital Sdn Bhd. Semoga saudari Nur Fasihah terus berjaya dan menempuh ke alam pekerjaan.

Nur Fasihah menerima cenderahati daripada Pengarah Operasi RDSB Pn Mazlina

Nur Fasihah bersama dengan kakitangan RDSB

 Nur Fasihah bersama dengan kakitangan RDSB
   

Sunday, November 11, 2012

Voice Recording

"Fahmi" sedang merakam suara bagi karakter-karakter dalam
TV Siri Chiee:Pengembaraan si Genius

Azhar Bin Ramlie sedang merakam suaranya untuk karakter "AMAN" di studio kami.

Muhammad Hishamudin B. Jusoh sedang merakam suaranya untuk karakter "ZALI" di studio kami.

Rakaman Suara Filem Luncai

Pada 30 Oktober 2012 hingga 8 November 2012 bertempat di Studio Digital Mix Stage FINAS,  Redang Digital Sdn Bhd telah diberi peluang untuk membuat rakaman suara barisan artis - artis yang terkenal tanahair di bawah arahan sutradara Aziz M. Osman. Antara artis-artis yang terlibat dalam menyumbangkan suara mereka iaitu :

 Yassin lakon suara sebagai Luncai

Nora Danish lakon suara sebagai Manja

 Nasrizal Ngasri (Bell) lakon suara sebagai Mamud

 Sabri Yunus lakon suara sebagai Pak Itam

Ebby Yus lakon suara sebagai Badang


AR Badul lakon suara sebagai Tok Ketua



Zack Taipan lakon suara sebagai Lang Keramat

Shasha Alkhred lakon suara sebagai Puteri Gunung Ledang


Ku Haris lakon suara sebagai Gingga


Aziz M Osman lakon suara sebagai Kelembai & Keng

RDSB juga berpeluang merakam muzik wayang kulit yang dijayakan oleh Kumpulan Pemuzik Tradisional Pipit Emas.

 

Sunday, November 4, 2012

Ruang Rehat

Selain kemudahan bilik render, RDSB juga mempunyai kemudahan lain iaitu ruang rehat "Pantry". Pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan. Kemudahan ini disediakan untuk memberi ruang kepada staff merehatkan minda serta berbincang setelah penat bekerja.


Pantry yang simple tetapi begitu menarik

Ruang untuk staff RDSB merehatkan minda setelah penat bekerja



Tuesday, October 16, 2012

Mesyuarat Bersama Pengarah Filem LUNCAI Aziz M Osman

Pada 1 Ogos 2012, Redang Digital Sdn Bhd amat berbesar hati kerana kedatangan pengarah tersohor tanahair Aziz M Osman yang akan merangkap sebagai pengarah Filem Luncai. Skrip asal Luncai ditulis oleh Zahuri Harun telah diolah semula jalan ceritanya.Terdapat penambahan beberapa watak dalam skrip terbaru yang diperbaiki oleh Aziz M Osman iaitu Raja Jala, Permaisuri, Dayang  dan juga perubahan tempat.

Pada 3 September 2012 satu lagi mesyuarat diadakan bersama dengan pengarah Aziz M Osman, Fhytullah Hamzah (Kromosom) konsep artis dan Amran Abu Sidek sebagai pengarah teknikal. Pada 10 Oktober 2012, Aziz M Osman telah berjaya menyiapkan skrip Luncai.

Aziz M Osman & Amran Sidek bermesyuarat bersama kakitangan RDSB

Aziz M Osman & Amran Sidek bermesyuarat bersama kakitangan RDSB
Aziz M Osman & Fhytullah Hamzah bermesyuarat bersama kakitangan RDSB
Aziz M Osman bermesyuarat bersama kakitangan RDSB
Aziz M Osman bermesyuarat bersama kakitangan RDSB

Sunday, October 7, 2012

Perbincangan Skrip Chiee Episod 12: Rumah Lama

Siri animasi 3D Chiee Pengembaraan Si Genius mengandungi 13 episod kesemuanya dan kini Pre Production sedang giat menyiapkan skrip terbaru episod 12 bertajuk Rumah Lama. Episod ini mengisahkan tentang perbezaan antara spesies kelawar dan keluang serta bagaimana berlakunya proses pereputan kayu dan besi apabila terlalu lama terdedah kepada udara tanpa penjagaan yang sewajarnya.

Pre production bersatu hati untuk menyiapkan kesemua episod Chiee dengan cepat dan menghasilkan skrip yang bermutu.





Che Ku Afandi dan Ketua-ketua Unit sedang berbincang dan menilai skrip yang telah disediakan oleh penulis skrip.
Perbincangan kedua telah diambil alih oleh En. Mohd Norsham untuk meneruskan perbincangan mengenai skrip yang disediakan.
Perbincangan untuk jalan cerita Chiee episod 12 masih rancak berjalan.



Wednesday, September 26, 2012

MSC Malaysia IPCC 2012


Redang Digital Sdn Bhd telah berjaya memenangi pertandingan berprestig anjuran MDeC : Intellectual Property Challenge (IPCC 2012) bagi kategori Animasi.

Cerita yang telah menambat hati juri ialah Dim'mo; mengisahkan kisah seekor buaya yang comel, cerdik dan penyayang bersama rakan-rakannya; burung hantu dan zirafah. Cerita ini disasarkan untuk golongan kanak-kanak berumur 1- 5 tahun. Melalui pendekatan watak berwarna warni, latarbelakang yang ceria dan dialog yang mudah; sememangnya Dim'mo menepati citarasa bukan sahaja para juri malah mendapat komen yang positif daripada mentor-mentor.
 

 Sesi Pitching yang dibentangkan oleh Cik Omizani & En Tn. Mohd Zamzuri pada 15 September 2012

 Wakil RDSB : Cik Omizani & En Tn Mohd Zamzuri menerima replika cek daripada pihak MDeC

Sesi bergambar para pemenang MSC Malaysia IPCC 2012 (Kategori Animasi)

Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah bagi semua pemenang pertandingan MSC Malaysia IPCC 2012 telah diadakan di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya pada 19 September 2012. Setiap pemenang berjaya memperolehi hadiah kemenangan berupa WANG TUNAI RM 50,000.00 untuk membangunkan sizzles/trailer cerita mereka. Selain itu berpeluang mengikuti pelbagai bengkel berkaitan industri kreatif daripada penceramah terkemuka. RDSB juga bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor-mentor berkaliber sepanjang membangunkan trailer Dim'mo.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Team Dim'mo kerana telah berjaya memenangi pertandingan ini. Terima kasih kepada MDeC, mentor, rakan-rakan pemain industri dan semua yang menyokong RDSB & Dim'mo.

Sunday, September 2, 2012

Lawatan Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan Rombongannya

Kunjungan hormat daripada YB Dato' Wan Hisham Wan Salleh. Kunjungan beliau adalah untuk melihat bagaimana perjalanan Production dan juga memperkenalkan Redang Digital kepada teman yang beliau bawa bersama.

Melihat bagaimana perjalanan production sambil diberi penerangan oleh CEO RDSB, En. Ahmad Azrin Abd Rahman dan juga Pengarah Urusan RDSB, En. Abdul Latif Ibrahim.




Salah seorang teman yang dibawa oleh YB Dato' Wan Hisham melihat bagaimana production berjalan

Sunday, May 27, 2012

Kami telah berpindah!!!

Pada tanggal 27 Mei 2012, RDSB dengan rasminya telah berpindah ke Pejabat baru kami di Chendering, Kuala Terengganu. Alamat baru kami ini telah bertukar ke:

Redang Digital Sdn Bhd,
Lot D5 & D6, Kompleks Kilang SME Bank, 
Kawasan Perusahaan Chendering,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel./No Fax : 609-6176618



Sebahagian kakitangan RDSB mengecat dinding bangunan

Proses mengecat dinding bangunan di lakukan oleh kakitangan RDSB

Antara kakitangan RDSB memasang karpet

Proses mengangkat dan memindah barang dari pejabat lama kami

Sebahagian kakitangan RDSB mengangkat Server

Tuesday, May 1, 2012

Majlis Perpisahan Mohd Nor Azly

Pada 30 April 2011 yang lalu, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi menghargai jasa salah seorang kakitangan RDSB iaitu Mohd Nor Azly yang bertugas sebagai Animator dalam unit Produksi. Beliau tidak lagi dapat bersama-sama RDSB kerana akan bertukar kerjaya sebagai anggota penyelamat Bomba.Pihak RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Mohd Nor Azly dalam menempuh cabaran mendatang dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih diatas segala jasa dan sumbangannya kepada pihak syarikat selama ini.

Mohd Nor Azly sedang memotong kek

Sebahagian kakitangan RDSB di majlis tersebut



Monday, March 26, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 10 : Uncle Lim




Sunday, March 25, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 9 :Mak


Thursday, March 22, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 8 : Ayah

 

Wednesday, March 21, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee & Taman Laut

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius & Taman Laut setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi dan 10.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 7 : Zali

  
Minggu 7 :Otong

Tuesday, March 20, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee & Taman Laut

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius & Taman Laut setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi dan 10.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 6 : Borhan


Minggu 6 : Cikgu Sardin

 

 

Monday, March 19, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee & Taman Laut

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius & Taman Laut setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi dan 10.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 5 : Siva


Minggu 5 : Krang