Sunday, August 31, 2008

Kursus 3D di UiTM



Kursus asas 3 Dimensi (3D) yang dijalankan dengan usahasama Redang Digital dan Business Computer UiTM Dungun (Bizz Com) telah berlangsung pada 29 - 30 ogos 2008 bertempat di Kampus UiTM Dungun. Seramai 19 peserta yang terdiri daripada penuntut UiTM Dungun telah menghadiri kursus ini.

Tenaga pengajar Redang Digital Sdn Bhd pula diketuai oleh Che Ku Affandi dan dibantu oleh Zulhisham dan Azahari. Ilmu yang diperoleh sepanjang 2 hari kursus ini diharapkan dapat membantu para peserta untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang animasi 3D.



Che Ku Affandi menerangkan teknik membuat animasi 3D kepada para peserta


Para peserta dibantu bagi memastikan semua peserta dapat menguasai teknik dan kemahiran


Peserta tekun membuat latihan berdasarkan kepada apa yang diterangkan oleh tenaga pengajar

Selamat Menyambut Hari Merdeka





Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 51.
Perpaduan Teras Kejayaan


Friday, August 29, 2008

Seminar Pembangunan Usahawan Kandungan Negeri Terengganu

Seminar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu ini telah diadakan pada 28 Ogos 2008 bersamaan dengan 26 Sya'aban 1429.

Seminar ini telah dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Seramai 75 perantis D3D@Terengganu dan staf Redang Digital telah menghadiri seminar ini.


Di samping seminar yang diadakan ini, pihak Redang Digital juga telah dijemput untuk membuka ruang pameran bagi memperlihatkan hasil kerja warga Redang Digital dan D3D@Terengganu.


Ucapan oleh En Roslan Mohamad dari SKMM

Antara peserta-peserta yang menghadiri seminar

Ruang pameran


Perantis D3D@Terengganu menunjukkan demonstrasi menggunakan Lightwave 3D

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.

Wednesday, August 13, 2008

Sunday, August 10, 2008

Wednesday, August 6, 2008

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru kepada Zulhisyam ( Chang, staf Redang Digital, Pasir Panjang) dan Izzuraini (staf produksi Redang Digital Chendering) yang bakal menamatkan zaman bujang pada 08-08-08. Semoga kekal ke akhir hayat.