Thursday, April 28, 2011

Kursus Kreatif Animasi 3D



Industri Kreatif sentiasa berkembang pesat di seluruh dunia di mana nilai perniagaan bagi industri ini telah mencecah puluhan trilion ringgit secara global.

Industri kreatif merupakan industri yang tiada sempadan kerana industri ini sentiasa membuka pintu kepada semua lapisan organisasi mahupun individu untuk menceburinya.

Apa yang penting, setiap individu mestilah mempunyai minat yang tinggi serta memiliki KEMAHIRAN seperti yang kami tawarkan kepada anda semua melalui kursus ini.

Kursus ini terbuka kepada:-

(1) Pelajar Prasekolah
(2) Pelajar Sekolah Rendah
(3) Pelajar Sekolah Menengah

Butiran Kursus :-

Tarikh kursus yang ditawarkan
(1) 27 - 29 Mei 2011 ( Jumaat - Ahad )
(2) 29 - 31 Mei 2011 ( Ahad - Selasa )
(3) 31 - 2 Jun 2011 ( Selasa - Khamis )
(4) 2 - 4 Jun 2011 ( Khamis - Sabtu )
(5) 4 - 6 Jun 2011 ( Sabtu - Isnin )
(6) 6 - 8 Jun 2011 ( Isnin - Rabu )

Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Tempat : Studio Animasi 1 & 2
Redang Digital Sdn Bhd
No. 1.3, Wisma MBKT,
Jalan Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Yuran : RM 220

Sijil penyertaan disediakan

Sunday, April 24, 2011

Rakaman Suara Bagi Taman Laut Musim 2

Pihak produksi RDSB telah memulakan proses merakam suara bagi watak-watak di dalam Siri Animasi Taman Laut. Sebanyak empat episod telah berjaya dirakam dengan jayanya.

Antara watak yang telah selesai dirakamkan antaranya ialah watak Dadang oleh Fimie Don, watak Jet oleh Adam Aliff Tay Rozaki, watak
Otong oleh Muhammad Adi Mifzal, watak Tam oleh Muhammad Emir Danial, watak Uda oleh Fatah Faqrullah Ali, watak Krang oleh Muhammad Naim Daniel Baharin, watak Mia oleh Syahirah Juaini dan watak Siha pula dilakon suara oleh Syalynne Erynna Abdullah.




Rakaman Suara Watak Bagi Siri Animasi Chiee: Pengembaraan Si Genius Musim 2

Pihak produksi RDSB telah memulakan sesi pertama rakaman suara bagi watak-watak di dalam Siri Animasi Chiee:Pengembaraan Si Genius. Sebanyak empat episod telah berjaya dirakam dengan jayanya.

Antara watak yang kami telah rakam iaitu watak Aman yang dilakon suara oleh Muhammad Naim Daniel Baharin, watak Amin yang dilakon suara oleh Alif Ikqmal Khairuddin,watak Zali dilakon suara oleh Muhammad Adi Mifzal manakala watak Mei Ling yang dilakon suara oleh Nor Meirysha Nurol Ashikin.