Tuesday, May 21, 2013

Lawatan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Malaysia



 Bahagian Teknologi Pendidikan

Pada Selasa 21 Mei 2013, satu lawatan telah diadakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Malaysia ke pejabat Redang Digital Sdn Bhd untuk menilai dua projek sedang dilaksanakan oleh syarikat iaitu video penerbitan rancangan kurikulum 2014 Prasekolah dan video penerbitan rancangan kurikulum 2014 Bahasa Melayu Tahap Satu.

Bagi pihak RDSB juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) kerana sudi melawat dan menilai projek yang sedang dijalankan oleh kami.

Sesi lawatan dan penilaian projek BTP di bahagian editing

Sesi lawatan dan penilaian projek BTP di bahagian animation

Sesi lawatan dan penilaian projek BTP di bahagian animation

Thursday, May 2, 2013

Lawatan dari CeTree


CeTree atau Centre for Education and Training In Renewable Energy and Energy Efficiency /
Pusat Pendidikan dan Latihan Dalam Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga ia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 


Lawatan diadakan pada hari Selasa,30 April 2013 ke pejabat Redang Digital Sdn Bhd. Lawatan bertujuan untuk mencari jalan usahasama diantara RDSB dengan CeTree dalam bentuk penerbitan animasi ataupun video. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak CeTree kerana sudi datang melawat ke studio kami, semoga hasil daripada lawatan ini kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan jayanya.

Sesi lawatan di bahagian Pra Produksi

Sesi lawatan di bahagian Produksi

 Sesi mesyuarat bersama RDSB dan juga CeTree