Monday, January 9, 2012

Siaran Ulangan Chiee : Pengembaraan Si Genius


Siri TV animasi 3D Chiee : Pengembaraan Si Genius Musim Pertama , kini telah diulang tayang untuk tatapan anda semua. Jangan lupa untuk menyaksikan tayangannya di RTM saluran TV2 pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi. Pihak produksi ingin menjemput menonton siaran ulangan ini bagi peminat setia yang telah terlepas menonton pada sesi yang lepas. Semoga semua penonton terhibur dengan telatah Chiee dan rakan-rakannya.