Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2009

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
-
Surah Al Baqarah: 183


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi."
- Hadis Sahih Riwayat Al-Nasaai.

Monday, August 17, 2009

Redang Digital - The Returns


Rasanya sudah agak lama Laman Blog Redang Digital ini tidak dikemaskini... Mungkin kerana kesibukan dalam menjalankan tugas harian dan projek-projek yang sentiasa mengejar 'Dateline' membataskan kerja kemaskini... Pihak Redang memohon maaf di atas kekurangan ini.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk dikongsi bersama bagi meningkat lagi laman blog kami ini.

Terima kasih.


.

Thursday, July 23, 2009

Majlis perpisahan Gha

Pada hari ini (23 Julai 2009), pihak pengurusan Redang Digital Sdn. Bhd telah mengadakan majlis perpisahan untuk Nazihah yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Eksekutif Multimedia di sini.

Beliau telah berkhidmat di Redang Digital lebih kurang 2 tahun. Sepanjang beliau berada disini, beliau telah banyak membantu dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran syarikat.



Gha memotong kek dengan perasaan sebak dan terharu


Selamat maju jaya kepada gha dan jutaan terima kasih atas segala jasa yang disumbangkan

Thursday, July 9, 2009

Bengkel Modelling Clay

Baru-baru ini geng animator Redang telah melaksanakan satu bengkel membuat model animasi menggunakan modelling clay atau plastecine.

Dengan berpandukan kepada gambar yang dicetak, staff yang terlibat berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan karekter masing-masing.

Dengan menggunakan struktur rangka berasaskan dawai besi, model yang dihasilkan sungguh menarik.



Budak-budak ni tengah buat rangka karekter dengan menggunakan dawai besi


Che Ku Afandi selaku trainer memberi tunjuk ajar dalam proses menghasilkan model

Thursday, April 30, 2009

Majlis Perpisahan Chang & Zahuri

Masing-masing tekun mendengar ucapan

Zahuri (kanan) menerima hadiah sebagai tanda penghargaan daripada pihak Redang Digital

Chang (kanan) tersenyum ketika menerima hadiah

Monday, March 30, 2009

Lawatan Ustaz Azmil Mustafa ke Redang Digital

Pada 30 Mac 2009 yang lalu, Redang Digital telah menerima kunjungan daripada bekas pelakon yang cukup popular suatu ketika dahulu iaitu Azmil Mustafa.

Beliau yang kini sedang menuntut di Syria telah meninggalkan bidang lakonan dan sekarang sedang bergerak aktif sebagai seorang pendakwah bebas dan sekarang dikenali sebagai Ustaz Azmil.


Walaupun telah meninggalkan bidang hiburan sejak sekian lama, beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan warga Redang Digital berkenaan industri animasi dan lakonan. Beliau turut dibawa untuk melihat proses animasi dijalankan.


En. Ahmad Azrin menunjukkan hasil produk Redang Digital Sdn. Bhd

Ustaz Azmil memberi penerangan tentang proses-proses pembikinan sesuatu filem


Masing-masing memberi tumpuan kepada penceramah yang hadir

Friday, January 2, 2009

Pre Seed Briefing

Pada 2 Januari 2009, sebahagian staff redang yang terpilih telah terlibat dengan bengkel Pre Seed Application Briefing bersama pihak MDEC selama 3 hari yang telah diadakan di Redang Digital Kuala Terengganu.

Seramai 3 orang wakil Mdec telah hadir untuk mengajar peserta cara-cara mengisi borang dan menyediakan kertas kerja bagi permohonan untuk mendapatkan Geran Pre-Seed kelolaan MDEC.



Peserta membentangkan hasil kerja


Proses menyiapkan kertas kerja

Bergambar kenangan bersama wakil MDEC yang hadir