Sunday, January 9, 2011

Lightwave 3D Tutorial, FX Emitter

Tutorial Lightwave 3D cara membuat FX Emitter dengan berpandukan video.



Nantikan tutorial seterusya dalam post yang akan datang...

Sesi Brainstorming Pecah Panggung

Pada 6 Januari 2011 yang lalu, pihak syarikat telah mengadakan Sesi Brainstorming Pecah Panggung di Green Acres Golf & Country Resort, Kuala Ibai. Tujuan sesi tersebut diadakan adalah untuk mendapatkan idea-idea serta pandangan daripada peserta yang hadir untuk memantapkan lagi cerita yang bakal diterbitkan.

Peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 7 orang yang dipilih secara rambang.







Sesi ketiga pula ialah "Mission Comes Alive" dimana dalam sesi tersebut peserta dikehendaki berbincang tentang episod cerita yang baru berkaitan dengan Siri Animasi Chiee ataupun Taman Laut.

Diakhir perbincangan tersebut, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan cerita yang telah dibincangkan dalam kumpulan mereka.








Pihak Syarikat berharap dengan berakhirnya sesi tersebut para peserta mendapat manafaat serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan mutu kerja.

Program Memasak Bubur As-Syura

Pada 7 Januari 2011 (Jumaat), Redang Digital telah berpeluang untuk mengadakan Program Memasak Bubur As-Syura yang mana merupakan salah satu daripada majlis tahunan syarikat.
Kaum wanita sedang sibuk memotong bawang dan bahan-bahan lain yang diperlukan.

Membasuh ikan untuk masakan tengah hari


Antara tukang masak yang turut menunjukkan kemahiran masing-masing