Wednesday, September 26, 2012

MSC Malaysia IPCC 2012


Redang Digital Sdn Bhd telah berjaya memenangi pertandingan berprestig anjuran MDeC : Intellectual Property Challenge (IPCC 2012) bagi kategori Animasi.

Cerita yang telah menambat hati juri ialah Dim'mo; mengisahkan kisah seekor buaya yang comel, cerdik dan penyayang bersama rakan-rakannya; burung hantu dan zirafah. Cerita ini disasarkan untuk golongan kanak-kanak berumur 1- 5 tahun. Melalui pendekatan watak berwarna warni, latarbelakang yang ceria dan dialog yang mudah; sememangnya Dim'mo menepati citarasa bukan sahaja para juri malah mendapat komen yang positif daripada mentor-mentor.
 

 Sesi Pitching yang dibentangkan oleh Cik Omizani & En Tn. Mohd Zamzuri pada 15 September 2012

 Wakil RDSB : Cik Omizani & En Tn Mohd Zamzuri menerima replika cek daripada pihak MDeC

Sesi bergambar para pemenang MSC Malaysia IPCC 2012 (Kategori Animasi)

Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah bagi semua pemenang pertandingan MSC Malaysia IPCC 2012 telah diadakan di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya pada 19 September 2012. Setiap pemenang berjaya memperolehi hadiah kemenangan berupa WANG TUNAI RM 50,000.00 untuk membangunkan sizzles/trailer cerita mereka. Selain itu berpeluang mengikuti pelbagai bengkel berkaitan industri kreatif daripada penceramah terkemuka. RDSB juga bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor-mentor berkaliber sepanjang membangunkan trailer Dim'mo.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Team Dim'mo kerana telah berjaya memenangi pertandingan ini. Terima kasih kepada MDeC, mentor, rakan-rakan pemain industri dan semua yang menyokong RDSB & Dim'mo.

Sunday, September 2, 2012

Lawatan Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan Rombongannya

Kunjungan hormat daripada YB Dato' Wan Hisham Wan Salleh. Kunjungan beliau adalah untuk melihat bagaimana perjalanan Production dan juga memperkenalkan Redang Digital kepada teman yang beliau bawa bersama.

Melihat bagaimana perjalanan production sambil diberi penerangan oleh CEO RDSB, En. Ahmad Azrin Abd Rahman dan juga Pengarah Urusan RDSB, En. Abdul Latif Ibrahim.




Salah seorang teman yang dibawa oleh YB Dato' Wan Hisham melihat bagaimana production berjalan