Monday, December 29, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1430 H


Sunday, December 28, 2008

Lawatan Y.B. Dato' Ahmad Shabery bin Cheek

Pada 28 Disember 2008, satu lawatan mengejut telah dibuat oleh Menteri Penerangan Malaysia, Y.B. Dato' Ahmad Shabery Cheek bersama rombongannya ke Redang Digital Sdn. Bhd untuk melihat hasil animasi anak-anak Terengganu di bawah Program E-Farm yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.



Y.B. Dato' Ahmad Shabery Cheek sedang melihat proses animasi dijalankan



Para hadirin berada di bilik tayangan stereoscopic


Tayangan hasil produk Redang Digital Sdn. Bhd


Thursday, December 25, 2008

Lawatan Kerja dari Universiti Malaysia Sabah



Lawatan kerja daripada pihak Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan pada 24 Disember 2008 yang lalu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin dan En Cheku Affandi serta Cik Mazlina Mokhtar.

Lawatan yang diketuai oleh En Muzaffar Hamzah, Pemangku Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) dan Cik Norbayah Mohd Suki, pensyarah Animasi 2D dan 3D SSIL ke Redang Digital Sdn Bhd bertujuan untuk melihat perkembangan produksi Redang Digital dan program D3D@Terengganu.






Para pelawat juga diberi peluang meninjau para perantis dan staf produksi melakukan kerja sambil diberi penerangan oleh En Cheku Affandi serta diiringi oleh En Ahmad Azrin dan Cik Mazlina.

Tuesday, December 16, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA CEO REDANG DIGITAL SDN,BHD EN AHMAD AZRIN ABD RAHMAN DAN PASANGANYA PN. MUNIRAH BT SALLEH

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin Abd Rahman dan pasangannya, Pn. Munirah Salleh yang telah selamat diijabkabulkan pada 12 Disember 2008. Semoga berbahagia selalu dan kekal sepanjang hayat.



Upacara Akad Nikah yang di walikan oleh ayah pengantin perempuan



Majlis persandingan yang telah diadakan di rumah pengantin perempuan


Cantik bertemakan putih, kedua-dua mempelai mensyukuri hari bahagia mereka bersama





Majlis sambut menantu di kediaman pengantin lelaki



Majlis makan beradab

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAMI
DI REDANG DIGITAL SDN BHD DAN D3D@TERENGGANU

Tuesday, November 25, 2008

Kempen Derma Darah 2008

Kempen derma darah anjuran pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi mengisi tabung darah telah diadakan bertempat di pejabat Redang Digital Sdn Bhd Jalan Pasir Panjang pada 25 November 2008.

Kempen derma darah ini juga telah diadakan di Pusat Latihan D3D@Terengganu, Parlimen Hulu Terengganu pada 18 November 2008 yang lalu. Kempen derma darah ini juga akan bergerak seterusnya ke Pusat Latihan D3D@Terengganu Parlimen Besut.







Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kempen yang diadakan ini.

Monday, November 3, 2008

MINGGU SAINS DAN TEKNOLOGI TERENGGANU 2OO8

Minggu Sains Dan Teknologi Terengganu 2008 telah diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Minggu Sains ini diadakan bagi bertujuan mendedahkan tentang perkembangan sains dan teknologi terkini kepada rakyat Negeri Terengganu.

Pameran ini telah berlangsung pada 31 Oktober 2008 hingga 2 November 2008. Redang Digital telah menyertai pameran tersebut dibawah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN). Pada pameran kali ini Redang Digital telah membawa 1 unit
stereoscopic untuk diperkenal dan dipertontonkan kepada orang ramai yang menghadiri pameran tersebut.



En Ishamudin bin Hashim sedang memberi penerangan kepada YB Ahmad Razif bin Abd Rahman



Pengunjung pameran sedang menonton tayangan stereoscopic



Pengunjung sedang melihat tayangan produk Redang Digital.



Perantis D3D@Terengganu sedang membuat demonstrasi dengan menggunakan perisian LightWave 3D.

Thursday, October 23, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA REDANG DIGITAL KUALA TERENGGANU

Bertarikh 23 Syawal 1429 H bersamaan 23 Oktober 2008, Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi mengucap syukur keatas pemberian Yang Maha Kuasa atas nikmat yang telah diberikan selama ini. Majlis sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran staf produksi Chendering, perantis D3D@Terengganu Kuala Terengganu, staff pengurusan Redang Digital, staf produksi Besut dan Hulu Terengganu, para tetamu jemputan termasuk Pengerusi Redang Digital Sdn Bhd, En Abdul Latif dan keluarga. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital, En Ahmad Azrin dan seterusnya bacaan doa oleh En Wan Ahmad Yaser. Semoga sambutan ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan persahabatan diantara kita dan seterusnya dapat merapatkan jurang yang terjalin selama ini. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin untuk semua.


En Ahmad Azrin memberi ucapan ringkas kepada semua hadirin

Dah tiba waktu menjamu selera..

Pada masa ini, staf Redang Digital dapat bertemu dan beramah mesra diantara satu sama lain.

Thursday, October 16, 2008

Lawatan Pengarah MARA Negeri Terengganu

Satu sesi lawatan kerja dari Pengarah MARA Negeri Terengganu, En. Razali bin Nurdad dan Tn Haji Zul Bahri ke Pusat Latihan D3D@Terengganu dan pejabat Redang Digital Sdn Bhd di Wisma MBKT, Jalan Pasir Panjang pada 16 Oktober 2008. Sesi lawatan ini turut disertai oleh En Ezzat Fahmizan Mansor, Pegawai Penyelaras program E-Farm dan En Ahmad Ikram. Sesi penerangan ringkas telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin. Para pelawat diberi melihat program latihan dan perjalanan produksi.

Pelawat diberi penerangan oleh En Ahmad Azrin

Pelawat melihat proses produksi dijalankan

Monday, October 13, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya 1429 H

Produksi Redang Digital Sdn Bhd bagi Parlimen Besut telah mengadakan majlis sambutan hari raya pada 12 Syawal yang lepas. Majlis dimulai dengan bacaan surah Yasin yang disedekahkan kepada arwah Nooraini Mohd Noor dan disusuli dengan sambutan hari raya. Semoga persaudaraan yang terjalin selama ini dapat berkekalan dan Selamat Hari Raya.


Pelbagai hidangan yang dihidang mengamit selera

Makan, Makan, Makan......

Thursday, October 9, 2008

Lawatan YB Dato' Seri Idris B Jusoh

YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh telah sudi untuk melawat dan meninjau perkembangan Pusat Latihan Animasi D3D@Terengganu,Parlimen Besut pada 8 Oktober 2008 yang lalu.
Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu, En Ishamudin Hashim, Pengerusi Redang Digital Sdn Bhd, En Abdul Latif Ibrahim dan ditemani oleh En Ahmad Ikram Abdullah.
Sesi lawatan dimulai dengan ucapan pengenalan berkenaan Program D3D@Terengganu dan Redang Digital oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin bersama dengan Cik Mazlina selaku Pengurus Pusat Latihan.
Para pelawat juga ditunjukkan perkembangan terbaru produksi Redang Digital dan pengenalan kepada stereoscopic.



En Ahmad Azrin dan Cik Mazlina memberi penerangan ringkas mengenai hala tuju syarikat dan Program D3D@Terengganu



YB Dato' Seri Idris B Jusoh ditemani oleh En Ishamudin dan En Abdul Latif serta En Ahmad Ikram mendengar penerangan ringkas hala tuju Syarikat dan D3D@Terengganu


YB Dato' Seri Idris B Jusoh meninjau perkembangan perantis D3D@Terengganu


En Ahmad Azrin memberikan cenderahati sebagai tanda terimakasih kepada YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh

Sunday, October 5, 2008

Al-Fatihah


Assalamualaikum ..


Salam Takziah daripada semua warga Redang Digital Sdn Bhd dan D3D@Terengganu atas pemergian Nooraini Mohd Noor (Parlimen Besut Ambilan Pertama) pada 4 Syawal 1429 H bersamaan 4 Oktober 2008.

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Aminn...

Al-Fatihah

Thursday, September 4, 2008

Tazkirah Ramadan


Redang Digital telah mengadakan majlis Tazkirah Ramadhan pada setiap hari Khamis sepanjang bulan yang mulia ini. Majlis tazkirah pada 4 Ramadan 1429 H bersamaan 4 September 2008 telah diadakan di Pusat Latihan D3D@Terengganu, Kuala Terengganu.

Majlis tazkirah disempurnakan oleh Ustaz Abd Ghani B Muda, yang memberi peringatan mengenai bulan Ramadan dan mengupas persoalan yang timbul sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga apa yang diperkatakan mendapat manfaat untuk digunakan demi kebaikan bersama.



Pengerusi majlis, En Yasir bersama Ustaz Abd Ghani



Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadan


"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi."
- Hadis Sahih Riwayat Al-Nasaai.
.

Sunday, August 31, 2008

Kursus 3D di UiTM



Kursus asas 3 Dimensi (3D) yang dijalankan dengan usahasama Redang Digital dan Business Computer UiTM Dungun (Bizz Com) telah berlangsung pada 29 - 30 ogos 2008 bertempat di Kampus UiTM Dungun. Seramai 19 peserta yang terdiri daripada penuntut UiTM Dungun telah menghadiri kursus ini.

Tenaga pengajar Redang Digital Sdn Bhd pula diketuai oleh Che Ku Affandi dan dibantu oleh Zulhisham dan Azahari. Ilmu yang diperoleh sepanjang 2 hari kursus ini diharapkan dapat membantu para peserta untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang animasi 3D.



Che Ku Affandi menerangkan teknik membuat animasi 3D kepada para peserta


Para peserta dibantu bagi memastikan semua peserta dapat menguasai teknik dan kemahiran


Peserta tekun membuat latihan berdasarkan kepada apa yang diterangkan oleh tenaga pengajar

Selamat Menyambut Hari Merdeka





Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 51.
Perpaduan Teras Kejayaan


Friday, August 29, 2008

Seminar Pembangunan Usahawan Kandungan Negeri Terengganu

Seminar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu ini telah diadakan pada 28 Ogos 2008 bersamaan dengan 26 Sya'aban 1429.

Seminar ini telah dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Seramai 75 perantis D3D@Terengganu dan staf Redang Digital telah menghadiri seminar ini.


Di samping seminar yang diadakan ini, pihak Redang Digital juga telah dijemput untuk membuka ruang pameran bagi memperlihatkan hasil kerja warga Redang Digital dan D3D@Terengganu.


Ucapan oleh En Roslan Mohamad dari SKMM

Antara peserta-peserta yang menghadiri seminar

Ruang pameran


Perantis D3D@Terengganu menunjukkan demonstrasi menggunakan Lightwave 3D

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.