Thursday, July 31, 2008

Lawatan Kerja Ke Produksi Redang Digital

Pada 31hb Julai 2008 baru-baru ini, Kartunis dan juga Pelukis Tersohor, Jaafar Taib bersama Mohd Soupi Zami, atau lebih dikenali dengan Opie Zami bersama krew-krew yang lain telah mengadakan lawatan kerja untuk melihat perkembangan produksi di Redang Digital.

Jaafar Taib
yang dikenali melalui hasil-hasil lukisan seperti koleksi Birds Of Malaysia, hasil seni yang menggabungkan unsur kebudayaan dan usahawan yang berjaya melalui syarikat penerbitan Creative Enterprise.

Beliau telah turun ke Terengganu untuk melihat sendiri animasi anak tempatan yang dilahirkan melalui syarikat Redang Digital menerusi program yang dijalankan dibawah kelolaan UPMN iaitu D3D@Terengganu.

Kedatangan mereka diiringi oleh Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu, En Ishamudin Hashim dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin.


Pelawat diberi penerangan dan dibawa melawat tempat produksi.



Pelawat diiringi oleh En. Ishamudin dan En. Ahmad Azrin meninjau fasiliti yang terdapat disini

Pelawat ditunjukkan hasil kerja staf produksi Redang Digital Sdn Bhd


Pihak Redang Digital mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan anda semua.