Friday, October 31, 2008

Saksikan Luncai di TV1

Thursday, October 23, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA REDANG DIGITAL KUALA TERENGGANU

Bertarikh 23 Syawal 1429 H bersamaan 23 Oktober 2008, Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi mengucap syukur keatas pemberian Yang Maha Kuasa atas nikmat yang telah diberikan selama ini. Majlis sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran staf produksi Chendering, perantis D3D@Terengganu Kuala Terengganu, staff pengurusan Redang Digital, staf produksi Besut dan Hulu Terengganu, para tetamu jemputan termasuk Pengerusi Redang Digital Sdn Bhd, En Abdul Latif dan keluarga. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital, En Ahmad Azrin dan seterusnya bacaan doa oleh En Wan Ahmad Yaser. Semoga sambutan ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan persahabatan diantara kita dan seterusnya dapat merapatkan jurang yang terjalin selama ini. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin untuk semua.


En Ahmad Azrin memberi ucapan ringkas kepada semua hadirin

Dah tiba waktu menjamu selera..

Pada masa ini, staf Redang Digital dapat bertemu dan beramah mesra diantara satu sama lain.

Thursday, October 16, 2008

Lawatan Pengarah MARA Negeri Terengganu

Satu sesi lawatan kerja dari Pengarah MARA Negeri Terengganu, En. Razali bin Nurdad dan Tn Haji Zul Bahri ke Pusat Latihan D3D@Terengganu dan pejabat Redang Digital Sdn Bhd di Wisma MBKT, Jalan Pasir Panjang pada 16 Oktober 2008. Sesi lawatan ini turut disertai oleh En Ezzat Fahmizan Mansor, Pegawai Penyelaras program E-Farm dan En Ahmad Ikram. Sesi penerangan ringkas telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin. Para pelawat diberi melihat program latihan dan perjalanan produksi.

Pelawat diberi penerangan oleh En Ahmad Azrin

Pelawat melihat proses produksi dijalankan

Monday, October 13, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya 1429 H

Produksi Redang Digital Sdn Bhd bagi Parlimen Besut telah mengadakan majlis sambutan hari raya pada 12 Syawal yang lepas. Majlis dimulai dengan bacaan surah Yasin yang disedekahkan kepada arwah Nooraini Mohd Noor dan disusuli dengan sambutan hari raya. Semoga persaudaraan yang terjalin selama ini dapat berkekalan dan Selamat Hari Raya.


Pelbagai hidangan yang dihidang mengamit selera

Makan, Makan, Makan......

Thursday, October 9, 2008

Lawatan YB Dato' Seri Idris B Jusoh

YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh telah sudi untuk melawat dan meninjau perkembangan Pusat Latihan Animasi D3D@Terengganu,Parlimen Besut pada 8 Oktober 2008 yang lalu.
Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu, En Ishamudin Hashim, Pengerusi Redang Digital Sdn Bhd, En Abdul Latif Ibrahim dan ditemani oleh En Ahmad Ikram Abdullah.
Sesi lawatan dimulai dengan ucapan pengenalan berkenaan Program D3D@Terengganu dan Redang Digital oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital Sdn Bhd, En Ahmad Azrin bersama dengan Cik Mazlina selaku Pengurus Pusat Latihan.
Para pelawat juga ditunjukkan perkembangan terbaru produksi Redang Digital dan pengenalan kepada stereoscopic.



En Ahmad Azrin dan Cik Mazlina memberi penerangan ringkas mengenai hala tuju syarikat dan Program D3D@Terengganu



YB Dato' Seri Idris B Jusoh ditemani oleh En Ishamudin dan En Abdul Latif serta En Ahmad Ikram mendengar penerangan ringkas hala tuju Syarikat dan D3D@Terengganu


YB Dato' Seri Idris B Jusoh meninjau perkembangan perantis D3D@Terengganu


En Ahmad Azrin memberikan cenderahati sebagai tanda terimakasih kepada YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh

Sunday, October 5, 2008

Al-Fatihah


Assalamualaikum ..


Salam Takziah daripada semua warga Redang Digital Sdn Bhd dan D3D@Terengganu atas pemergian Nooraini Mohd Noor (Parlimen Besut Ambilan Pertama) pada 4 Syawal 1429 H bersamaan 4 Oktober 2008.

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Aminn...

Al-Fatihah