Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan Multimedia Development Corporation (MDEC) telah menganjurkan Seminar Pendedahan Kandungan Kreatif yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada 29 Julai 2008. Sehubungan dengan itu, pihak UPMN telah mempelawa Redang Digital untuk menghantar wakil sebagai peserta bagi memeriahkan seminar tersebut.
Seramai 60 orang staff Redang Digital telah menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada staff produksi Chendering dan Pasir Panjang.
Suasana di dalam dewan seminar