Thursday, July 24, 2008

Kursus Induksi Di Hulu Terengganu


Diadakan pada 22 dan 23 Julai 2008, bertempat di Dewan Sivik, Majlis Daerah Hulu Terengganu. Majlis berjalan dengan lancar bermula daripada sesi bersama Unit Sumber Manusia RDSB (oleh : Cik Mazlina Mokhtar).

Seterusnya kata-kata semangat dan panduan kerjaya oleh En Izzat Fahmizan Mansor, Pegawai Penyelaras eFarm.

Turut meluangkan masa hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital , En Ahmad Azrin Abd Rahman untuk Sesi Review Projek RDSB dan Penyampaian Surat Tawaran Kerja beserta keputusan peperiksaan.

Hari kedua induksi, berlangsung dengan meriah melalui Kursus Asas Lakonan dikendalikan oleh En Shamsul Bahari, Pengarah Seni RDSB.



En. Izzat Fahmizan memberi nasihat dan pengalaman yang berguna kepada para perantis



Para perantis menunjukkan daya kreativiti dalam sesi latihan dalam kumpulan(LDK)



En. Ahmad Azrin menyampaikan keputusan kepada perantis yang cemerlang dalam peperiksaan