Thursday, January 16, 2014

Rakaman Suara Siri Animasi TV : ADI GENIUS

Siri animasi TV Adi Genius Musim Pertama akan bersiaran menemui penonton di saluran TV2, RTM pada 2014. Sebahagian daripada proses penghasilan produksi Adi Genius ialah proses rakaman suara (voice over recording).

Pada 1 Februari 2013 hingga 6 Februari 2013 sesi pertama rakaman suara bagi TV siri animasi ADI GENIUS telah dijalankankan bertempat di studio RDSB di Seri Kembangan, Selangor. Siri animasi TV ADI GENIUS  ini merupakan arahan pelakon terkenal tanah air iaitu Saudara Shoffi Jikan. Seramai 11 orang pelakon suara telah menjayakan sesi rakaman suara tersebut termasuklah peserta RAJA LAWAK musim kedua iaitu Pakcu bagi watak Tuk Aki. Shoffi Jikan sendiri telah menyumbangkan suara beliau bagi watak Ishak dan Ayah Adi.

Sila layari facebook khas untuk Siri Animasi TV Adi Genius dengan menaip carian Adi Genius. Anda semua berpeluang untuk turut 'berinteraksi' bersama Adi dan rakan-rakan serta melihat perkembangan terkini siri animasi ini. Nantikan kemunculan Adi Genius di kaca TV anda.