Sunday, January 5, 2014

Lawatan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menerusi agensi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah melakukan lawatan ke Kompleks Kilang Usahawan SME Bank pada 12 Disember 2013. Salah satu premis yang dilawati ialah lawatan ke syarikat Redang Digital Sdn Bhd (RDSB).Tujuan lawatan ini adalah sebagai salah satu pendedahan keusahawanan yang berpotensi untuk pihak SEDCO.

RDSB merupakan satu-satunya wakil premis daripada kategori usahawan IT (Kandungan Kreatif). Pihak SEDCO diberi pendedahan berkaitan proses pembangunan produksi animasi dan peluang-peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak RDSB. Juga turut sama memberi input-input positif kepada produk-produk yang dihasilkan oleh RDSB.



CEO RDSB sedang memberi penerangan ringkas berkaitan operasi syarikat


Delegasi pelawat sedang melihat tayangan 3D Stereoscopic

Sesi melihat demonstrasi berkaitan penghasilan animasi

Animator sedang menunjukkan secara ringkas cara-cara membuat model 3D

Di akhir lawatan SEDCO memberi cenderamata kepada pihak RDSB

Delegasi dari Sabah ini telah meluangkan masa selama 1 jam di RDSB dan pihak RDSB telah memberikan penerangan ringkas berhubung operasi produksi kepada delegasi tersebut. Delegasi ini disertai oleh YB Datuk Nilwan bin Kabang iaitu Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd, YBhg Datuk Hj Awang Sham Hj Amit selaku Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd, En Jani @ Zaini Haji Isa iaitu Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan SEDCO) dan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan yang lain. Sesi soal jawab juga berlangsung dan kemudiaannya delegasi telah di bawa melawat keseluruh bahagian produksi RDSB.

Pihak RDSB mengucapkan ribuan terima kasih diatas kedatangan tetamu daripada SEDCO dan berharap agar dapat menjalin kerjasama di masa akan datang.