Monday, May 2, 2011

Program Sukaneka

30 April 2011, Sabtu - Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan Program Sukaneka di Muzium Losong, Kuala Terengganu untuk semua kakitangan serta ahli keluarga. Pelbagai program telah dijalankan diantaranya permainan untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna iaitu Rumah Oren, Hijau, Biru dan Merah.


Acara bermula pada jam 8.30 pagi dengan acara untuk kanak-kanak iaitu acara mengisi air dalam botol seterusnya lari sambil mengepit belon dan kemudian acara membawa bola dalam gelung. Acara ketegori dewasa dimulakan dengan acara jalan sambil menyusun bata dimana telah dimenangi oleh Rumah Oren. Seterusnya kemeriahan sukaneka semakin rancak dengan acara boling kelapa wanita yang juga dimenangi oleh Rumah Oren. Namun bagi acara seterusnya iaitu boling kelapa lelaki, kemenangan berpihak kepada Rumah Biru. Rumah Merah mula menunjukkan peningkatan dan kembali mengejar dengan memenangi acara belon beracun dan forget me not. Acara kemuncak yang menggamatkan suasana adalah acara tarik tali lelaki dimana saingan sangat sengit diantara Rumah Biru melawan Rumah Hijau. Namun kehebatan Rumah Hijau tidak dapat ditandingi lagi dengan kemenangan berpihak kepada mereka untuk acara terakhir ini. Sukaneka diakhiri dengan Majlis Penyampaian hadiah untuk semua pemenang.



Peserta Kanak-kanak Sedang Menunjukkan Bakat Dalam Acara Isi Air Dalam Botol




Acaran Bawa Bola Dalam Gelung


Acara Susun Bata


Acara Boling Kelapa


Peserta-peserta Sedang Memberikan Sokongan Kepada Rumah Masing-masing


Urusetia Penyediaan Minuman Sedang Sibuk Menyediakan Air

Acara Paling Meriah : Tarik Tali. Dimenangi Rumah Hijau


Pembahagian Hamper Untuk Cabutan Bertuah






Program sukaneka tamat pada jam 12.30 tengah hari. Pemenang keseluruhan diungguli oleh Rumah Merah. Alhamdullilah kerana perjalanan program sukaneka adalah mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, pihak syarikat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang turut sama menjayakan program ini dengan jayanya.


Tanpa kerjasama daripada semua pihak, program ini tidak mungkin berjalan dengan lancar seperti kata pepatah "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Program ini telah berjaya mengeratkan lagi jalinan ukhuwah sesama kakitangan dan menjadi satu wadah untuk menjalankan aktiviti memupuk semangat kerjasama disamping menyihatkan badan.