Sunday, November 28, 2010

Siri Animasi TV Chiee: Pengembaraan Si Genius

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah yang berlaku pada Siri TV Animasi Chiee: Pengembaraan Si Genius musim pertama yang telah menamatkan tayangannya sebanyak 13 episod pada hari jumaat, 26 November 2010 yang lalu.

Di kesempatan ini pihak produksi Redang Digital Sdn. Bhd. ingin memohon seribu kemaafan jika berlaku sebarang kesilapan dan kesalahan sepanjang siri ini ditayangkan di saluran RTM TV2. Harapan kami semoga diberikan peluang untuk menyambung lagi siri TV ini untuk musim seterusnya pada masa akan datang.

Semoga semua penonton mendapat ilmu dan manfaat daripada siri TV ini. Dengan ini kepada semua pembaca blog yang dikasihi sekalian, nikmatilah gambar-gambar daripada Siri TV Animasi Chiee :Pengembaraan Si Genius.