Friday, May 21, 2010

Siri Animasi Taman Laut di TV2

Alhamdulillah , Siri Animasi Taman Laut - produk animasi pertama keluaran Redang Digital telah berjaya disiarkan di kaca TV melalui siaran TV2, setiap Jumaat, pukul 9 pagi. Hasil usaha dan kerja keras para animator kami seramai 300 orang telah membuahkan hasil.

Siri ini disasarkan untuk golongan kanak-kanak sekolah rendah dan ke bawah. Bermula daripada proses idea, lakaran dan seterusnya animasi, kesemuanya dilakukan oleh anak-anak Terengganu. Siri yang mengisahkan tentang kehidupan alam laut dengan watak-watak utama adalah daripada ikan-ikan. Watak-watak sampingan lain daripada sotong, udang dan ketam pula mampu mencuit hati penonton dengan keletah-keletah mereka yang kelakar dan menghiburkan. Kami telah berjaya membuktikan usaha kami mampu menjana hasil yang setanding dengan animasi lain.

Melalui hasil karya yang asli, bahasa yang mudah difahami dan grafik yang menarik, siri animasi ini dijangka mampu menarik minat ramai penonton. Bersama-samalah kita menyokong usaha meningkatkan industri animasi dengan menonton siri animasi ini.

Selamat menonton