Program yang terbesar pernah dianjurkan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan mengenakan tema “Belia Kreatif Pemacu Pembagunan Negara”.
Acara kemuncak sambutan tersebut adalah pada 15 Mei 2010 di Putrajaya International Convention Center (PICC) Putrajaya dengan acara perhimpunan Hari Belia Negara yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Pelbagai aktiviti dan pameran yang di adakan pada Hari Belia 2010 ini dan kesemuanya dibahagikan mengikut 'Cluster' atau kategori masing-masing. Ada 8 cluster yang boleh dikaitkan dengan golongan belia ini iaitu Kemajuan & Pengiktirafan Belia, Kreatif & Inovatif, Expo & Pameran, Kerohanian & Kebajikan, Penyertaan Swasta, Kesukarelaan, Kesenian dan Sukan.
Sambutan diadakan dengan meriah melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa belia yang telah direncanakan. Di antara acara yang terdapat di program tersebut adalah seperti sukan udara, drift, perbarisan, mini gigs, demonstrasi shuffle dan juga Go-Kart.
Selaras dengan tema Hari Belia Negara pada tahun ini, iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, pihak RDSB percaya serta yakin bahawa setiap perkara yang dilakukan perlu menjurus ke arah pembangunan dan perpaduan.
RDSB merasakan semangat perpaduan adalah penting dan harus wujud serta disemai di dalam diri setiap belia di Negara ini. Ini adalah untuk memastikan masa depan dan pembangunan golongan belia terjamin sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang sering diwar-warkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.