Sunday, April 25, 2010

Mari Berkenalan Dengan Unit Pra-Produksi RDSB

Mari kita mulakan dengan Nasa, beliau bertanggungjawab untuk merekabentuk karakter, merekabentuk konsep seni, menyemak tekstur pada karakter, objek, environment dan menyemak storyboard yang telah dilukis oleh storyboard artis.

Seterusnya memperkenalkan Hazrin. Beliau bertangunggjawab melukis storyboard berdasarkan skrip yang telah disiapkan oleh Kak Ta penulis skrip RDSB.



Seterusnya mari kita berkenalan pula seorang lagi storyboard artis RDSB iaitu Faiz. Beliau juga bertanggjawab sama dengan Hazrin iaitu merekabentuk storyboard ataupun papan cerita.


Ha nie pula seorang lagi kakitangan RDSB iaitu Shah. Beliau bertanggungjawab merekabentuk tekstur bagi setiap objek props,karakter mahupun environment yang telah dihasilkan oleh modeler.


Bahagian tekstur juga diceriakan dengan Na, beliau juga bertanggungjawab sama seperti Shah iaitu merekabentuk tekstur bagi setiap model. Sampai di sini dahulu perkenalan kita dengan kakitangan RDSB, jumpa lagi.. bye.