Thursday, April 22, 2010

Majlis Usrah Mingguan RDSB

Syukur kepada Ilahi kerana dengan izinNya dapat menjayakan kembali program Usrah yang telah lama terhenti. Hari ini, 22 April 2010 bermula kembali Usrah yang telah sekian lama tidak dihidupkan.

Kumpulan Usarah dibahagikan kepada Empat Kumpulan. Di mana, Kumpulan pertama berjalan pada setiap Hari Isnin, pukul 2.15 petang hingga 3.15 petang seramai 11 orang. Kumpulan Kedua juga dijalankan pada hari yang sama tetapi waktu yang berbeza pada pukul 3.15 petang hingga 4.15 petang juga seramai 11 orang.

Manakala Kumpulan Ketiga dan Keempat pada setiap Hari Khamis pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi seramai 12 orang dan pada pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Kumpulan Empat merupakan satu-satunya Kumpulan Usrah perempuan iaitu seramai 17 orang.


Ahli usrah kelihatan begitu tekun mendengar Usrah yang disampaikan


Kelihatan En. Abdul Latif sedang memperkatakan sesuatu

Satu-satunya kumpulan Usrah perempuan


Memulakan Usrah dengan sesi perkenalan antara saru sama lain


Begitu khusuk mendengar usrah yang disampaikan oleh Kak Nor (Bertudung Oren)


RDSB amat berbesar hati kerana Usrah ini disampaikan oleh penceramah jemputan, En. Abdul Latif Ibrahim. Beliau berkongsi ilmu kepada staff lelaki iaitu Kumpulan Satu hingga Tiga, manakala Usrah untuk staff perempuan Kumpulan Empat pula disampaikan oleh Kak Nor.

Pihak kami begitu menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Abdul Latif Ibrahim dan Kak Nor yang sanggup meluangkan masa untuk berkongsi ilmu-ilmu agama yang begitu berguna kepada staff kami. Terima Kasih.