Tuesday, January 7, 2014

Majlis Perpisahan Pelatih Industri 31 Disember 2013

Ada yang awal, adalah yang akhir.Ada yang datang dan ada pula yang pergi. Begitulah fitrah dan lumrah kehidupan manusia. Begitu juga dengan pelatih industri yang menjalankan latihan industri di RDSB.

Pada Selasa, 31 Disember 2013 satu majlis perpisahan bagi pelatih industri Suriati Mukhtar, Noraini Hashim dan Ummul Atiqah pelajar daripada Pahang Skills Development Centre (PSDC) telah berjaya menamatkan sesi latihan praktikal beliau selama 3 bulan di RDSB.

Dari kiri Suriati, Ummul dan Noraini bergambar kenangan pada majlis perpisahan

Kami di RDSB memohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang saudari bertiga menjalankan latihan industri disini. Akhir kata semoga saudari bertiga terus berjaya dalam menempuh alam pekerjaan dan kehidupan.

Sunday, January 5, 2014

Lawatan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menerusi agensi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah melakukan lawatan ke Kompleks Kilang Usahawan SME Bank pada 12 Disember 2013. Salah satu premis yang dilawati ialah lawatan ke syarikat Redang Digital Sdn Bhd (RDSB).Tujuan lawatan ini adalah sebagai salah satu pendedahan keusahawanan yang berpotensi untuk pihak SEDCO.

RDSB merupakan satu-satunya wakil premis daripada kategori usahawan IT (Kandungan Kreatif). Pihak SEDCO diberi pendedahan berkaitan proses pembangunan produksi animasi dan peluang-peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak RDSB. Juga turut sama memberi input-input positif kepada produk-produk yang dihasilkan oleh RDSB.



CEO RDSB sedang memberi penerangan ringkas berkaitan operasi syarikat


Delegasi pelawat sedang melihat tayangan 3D Stereoscopic

Sesi melihat demonstrasi berkaitan penghasilan animasi

Animator sedang menunjukkan secara ringkas cara-cara membuat model 3D

Di akhir lawatan SEDCO memberi cenderamata kepada pihak RDSB

Delegasi dari Sabah ini telah meluangkan masa selama 1 jam di RDSB dan pihak RDSB telah memberikan penerangan ringkas berhubung operasi produksi kepada delegasi tersebut. Delegasi ini disertai oleh YB Datuk Nilwan bin Kabang iaitu Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd, YBhg Datuk Hj Awang Sham Hj Amit selaku Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd, En Jani @ Zaini Haji Isa iaitu Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan SEDCO) dan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan yang lain. Sesi soal jawab juga berlangsung dan kemudiaannya delegasi telah di bawa melawat keseluruh bahagian produksi RDSB.

Pihak RDSB mengucapkan ribuan terima kasih diatas kedatangan tetamu daripada SEDCO dan berharap agar dapat menjalin kerjasama di masa akan datang.

Wednesday, January 1, 2014

Lawatan Panel Anugerah Usahawan Terengganu


Satu program telah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU) iaitu  Anugerah Usahawan Terengganu 2013. Redang Digital merupakan salah sebuah syarikat yang terpilih untuk menyertai percalonan anugerah tersebut. Bagi syarikat yang tercalon dalam Anugerah Usahawan Terengganu 2013 ini, syarikat tersebut perlu memenuhi beberapa kriteria dalam pelbagai aspek.

Pengarah SME Corp Negeri Terengganu, En. Muhammad bin Ibrahim telah melakukan lawatan rasminya ke RDSB pada 10 Oktober 2013 bagi tujuan penilaian Anugerah Usahawan Terengganu. Turut hadir dalam lawatannya ke RDSB adalah En. Hafidz Shukri Junit (Assistant Director Matrade Eastern Regional Office), Puan Damaiyanti Mohd Nawi (Ketua Pejabat Wilayah Timur Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). Selain itu, turut hadir dalam lawatan tersebut adalah wakil daripada agensi-agensi lain seperti GABEM, YPU dan MIDA. 



Sesi taklimat ringkas berkaitan RDSB sedang dilaksanakan

Para delegasi lawatan sedang melihat tayangan 3D Stereoscopic

Lawatan ke unit produksi untuk melihat proses penghasilan animai

Sesi demonstrasi melakukan animasi sedang dilakukan


Majlis Hari Raya Aidilfitri 2013

Pada  3 September 2013, RDSB telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H bertempat di perkarangan pejabat RDSB. Majlis yang sederhana tersebut telah diraikan oleh kesemua kakitangan RDSB dan juga para jemputan yang terdiri daripada jiran RDSB yang berdekatan. 

Majlis sambutan ini berlangsung seawal pagi dan berakhir pada waktu tengahari. Banyak juadah dihidangkan dan pelbagai kuih muih turut disajikan. Majlis ini merupakan satu platform untuk mengeratkan lagi dan kemesraan di kalangan kakitangan RDSB dan juga jiran yang berdekatan. 

 AJK Majlis Sambutan Hari Raya 2013 sedang menyiapkan tempat untuk majlis raya

Menyediakan tempat untuk membakar daging kambing

Kakitangan RDSB sedang bekerjasama membakar daging kambing

Semoga untuk tahun-tahun mendatang RDSB akan terus mengekalkan lagi tradisi majlis sambutan raya aidilfitri bagi memastikan ukhwah di kalangan kakitangan RDSB dapat dieratkan dari masa ke semasa.

Daripada Abdullah bin Amr. r.a, Nabi SAW bersabda : "Sahabat yang terbaik disisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)