Tuesday, May 1, 2012

Majlis Perpisahan Mohd Nor Azly

Pada 30 April 2011 yang lalu, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi menghargai jasa salah seorang kakitangan RDSB iaitu Mohd Nor Azly yang bertugas sebagai Animator dalam unit Produksi. Beliau tidak lagi dapat bersama-sama RDSB kerana akan bertukar kerjaya sebagai anggota penyelamat Bomba.Pihak RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Mohd Nor Azly dalam menempuh cabaran mendatang dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih diatas segala jasa dan sumbangannya kepada pihak syarikat selama ini.

Mohd Nor Azly sedang memotong kek

Sebahagian kakitangan RDSB di majlis tersebut