Sunday, March 18, 2012

Majlis Pelancaran Siri Pembentangan Industri Transformasi Dunia Filem Tempatan



Pada 15 Mac 2012, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Siri Pembentangan Industri Transformasi Dunia Filem Tempatan bertempat di Kompleks Studio Merdeka, FINAS.

Redang Digital Sdn Bhd merupakan salah satu daripada syarikat yang diberi penghargaan untuk terpilih dalam Majlis Pelancaran Filem Cereka Animasi dengan Filem Animasi 3D bertajuk 'Luncai', sebuah filem yang diterbitkan dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional (FINAS).

Majlis dirasmikan oleh Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) YAB Dato' Seri Utama Rais Yatim juga disertai oleh Pengarah Perbadanan Filem Nasional (FINAS) Mohd Naguib Razak serta karyawan fiem tempatan.