Saturday, July 31, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur

Pada 30 dan 31 Julai 2010 yang lalu, Redang Digital Sdn Bhd telah berpeluang menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur yang bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Kuala Terengganu.

Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, Yang Dipertua Majlis Pemangku RajaTerengganu dan antara yang turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Said, iaitu Menteri Besar Negeri Terengganu.

En Ahmad Azrin sedang menerangkan sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Dato' Badlisham Ghazali







Tujuan utama karnival ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan tema “Meraikan Kreativiti”, pelbagai program inovasi telah disusun untuk semua lapisan masyarakat seperti pertandingan inovasi peringkat Zon Timur, Pameran Produk Inovasi, Ceramah Interaktif, Bengkel Inovatif dan Malam Kreativiti Muzikal.

Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Inovasi Malaysia kerana sudi menjemput pihak kami untuk turut serta dalam menjayakan program tersebut.