Thursday, December 29, 2011
Majlis Perpisahan Nor Azlina Dan Nurul Ezati
Sunday, July 3, 2011
Lawatan Dari Tadika Islam Pintar Kuala Terengganu
Adik-adik kita ini di bawa melawat ke studio Pra-Produksi, Studio Animation dan juga Studio tayangan 3D Stereoscopic.
Sesi tayangan 3D Stereoscopic dan juga tayangan istimewa sedutan episod Taman Laut Musim 2
Kakitangan RDSB sedang melayan telatah adik-adik kita di Studio Pra Produksi.
Kakitangan RDSB sedang melukis karakter untuk dijadikan hadiah kepada adik-adik kita.
En Ahmad Azrin B. Abd Rahman sedang menghadiahkan cenderamata kepada semua murid
dari Tadika Islam Permata KT.
Adik-adik kita dari Tadika Islam Pintar Bergambar Kenangan Bersama Wakil Pihak RDSB
Tuesday, June 21, 2011
Seminar Masterclass Bersama Raman Hui
Ianya merupakan Latihan Modal Insan bagi memfokuskan kepada Industri Animasi dan Kesan Khas anjuran Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Raman Hui merupakan satu nama besar dalam penerbitan filem-filem Animasi di arena antarabangsa di bawah terbitan Dream Works SKG seperti SHREK dan KUNGFU PANDA.
Wednesday, June 1, 2011
Majlis Perpisahan Muhammad Faiq
Antara petugas produksi yang hadir ke majlis perpisahan tersebut.
Wednesday, May 11, 2011
LightWave 3D Tutorial : Asas Animasi : Bola Melantun
Buka Modeler dan pilih tab ball seperti Gambarajah 1.
Langkah 2
Gambarajah 2
Create ball dan tekan “n” untuk Numeric.
Gambarajah 3
Bola yang terbentuk adalah seperti Gambarajah 3. Pada bola tersebut terdapat beberapa bentuk Polygon dan beberapa bentuk Pentagon. Bahagian yang berbentuk Pentagon akan diberi nama sebagai 'Hitam' manakala bahagian yang berbentuk Poligon akan diberi nama sebagai 'Putih'.
Langkah 4
Selepas selesai menandakan bahagian tersebut tekan 'shift + z' untuk bahagian tersebut menjadi satu bahagian sahaja.
Monday, May 2, 2011
Program Sukaneka
30 April 2011, Sabtu - Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan Program Sukaneka di Muzium Losong, Kuala Terengganu untuk semua kakitangan serta ahli keluarga. Pelbagai program telah dijalankan diantaranya permainan untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna iaitu Rumah Oren, Hijau, Biru dan Merah.
Acara bermula pada jam 8.30 pagi dengan acara untuk kanak-kanak iaitu acara mengisi air dalam botol seterusnya lari sambil mengepit belon dan kemudian acara membawa bola dalam gelung. Acara ketegori dewasa dimulakan dengan acara jalan sambil menyusun bata dimana telah dimenangi oleh Rumah Oren. Seterusnya kemeriahan sukaneka semakin rancak dengan acara boling kelapa wanita yang juga dimenangi oleh Rumah Oren. Namun bagi acara seterusnya iaitu boling kelapa lelaki, kemenangan berpihak kepada Rumah Biru. Rumah Merah mula menunjukkan peningkatan dan kembali mengejar dengan memenangi acara belon beracun dan forget me not. Acara kemuncak yang menggamatkan suasana adalah acara tarik tali lelaki dimana saingan sangat sengit diantara Rumah Biru melawan Rumah Hijau. Namun kehebatan Rumah Hijau tidak dapat ditandingi lagi dengan kemenangan berpihak kepada mereka untuk acara terakhir ini. Sukaneka diakhiri dengan Majlis Penyampaian hadiah untuk semua pemenang.
Program sukaneka tamat pada jam 12.30 tengah hari. Pemenang keseluruhan diungguli oleh Rumah Merah. Alhamdullilah kerana perjalanan program sukaneka adalah mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, pihak syarikat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang turut sama menjayakan program ini dengan jayanya.
Tanpa kerjasama daripada semua pihak, program ini tidak mungkin berjalan dengan lancar seperti kata pepatah "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Program ini telah berjaya mengeratkan lagi jalinan ukhuwah sesama kakitangan dan menjadi satu wadah untuk menjalankan aktiviti memupuk semangat kerjasama disamping menyihatkan badan.
Lawatan Industri Warga Kolej PTPL Terengganu
28 April 2011, Khamis - Pada jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang, seramai 40 orang pelajar yang diketuai oleh seorang Wakil Pelajar dari Unit Pembangunan Pelajar & Kerjaya (UPP), Kolej PTPL Terengganu telah mengadakan Lawatan Industri ke Redang Digital Sdn. Bhd. Lawatan Industri ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dengan persekitaran pengurusan sesuatu organisasi di samping melahirkan pelajar yang bersahsiah serta untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak industri dan juga untuk mengetahui proses perjalanan animasi 3D dengan lebih lanjut.
Para pelajar telah dibawa melawat ke kelas Pre-Production, Animation, Render, Editing dan Stereoscopic 3D.
Pihak Syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kolej PTPL Terengganu kerana melawat produksi kami dan semoga lawatan ini mampu memberikan sedikit sebanyak input dan informasi berguna untuk proses pembelajaran para pelajar dan membantu mereka membina kerjaya dalam industri kreatif. Sekalung tahniah dan syabas diatas inisiatif Unit Pembangunan Pelajar & Kerjaya, Kolej PTPL diatas program yang dianjurkan dan sememangnya pihak industri amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan perkongsian maklumat untuk kebaikan bersama.