Monday, May 2, 2011

Lawatan Industri Warga Kolej PTPL Terengganu

28 April 2011, Khamis - Pada jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang, seramai 40 orang pelajar yang diketuai oleh seorang Wakil Pelajar dari Unit Pembangunan Pelajar & Kerjaya (UPP), Kolej PTPL Terengganu telah mengadakan Lawatan Industri ke Redang Digital Sdn. Bhd. Lawatan Industri ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dengan persekitaran pengurusan sesuatu organisasi di samping melahirkan pelajar yang bersahsiah serta untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak industri dan juga untuk mengetahui proses perjalanan animasi 3D dengan lebih lanjut.

Para pelajar telah dibawa melawat ke kelas Pre-Production, Animation, Render, Editing dan Stereoscopic 3D.


Para Pelajar Sedang Mendengar Taklimat Ringkas Berkaitan RDSB

Pengurus Produksi RDSB : Che Ku Afandi Sedang Memberi Penerangan Berkaitan Produksi

Penyampaian Cenderamata Oleh Pengurus RDSB Untuk Wakil PTPL

Cenderamata daripada Kolej PTPL kepada Pihak Redang Digital


Pelajar PTPL Bergambar Kenangan Bersama Wakil Pihak RDSB


Pihak Syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kolej PTPL Terengganu kerana melawat produksi kami dan semoga lawatan ini mampu memberikan sedikit sebanyak input dan informasi berguna untuk proses pembelajaran para pelajar dan membantu mereka membina kerjaya dalam industri kreatif. Sekalung tahniah dan syabas diatas inisiatif Unit Pembangunan Pelajar & Kerjaya, Kolej PTPL diatas program yang dianjurkan dan sememangnya pihak industri amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan perkongsian maklumat untuk kebaikan bersama.