Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Lawatan dari UiTM Kelantan

Pada 29 Januari 2014, Redang Digital telah menerima kunjungan daripada para penuntut dan pensyarah UiTM Kelantan. Seramai 27 orang pelajar bersama pensyarah telah mengikuti lawatan tersebut. 


Pelajar bergambar kenangan di dalam studio Redang Digital



 Melihat cara produksi bekerja


 Bersemangat melihat skrip dihasilkan


 Melihat sendiri cara membuat model animasi 3D 


 Berpeluang bertanya soalan berkaitan animasi 3D


 Melihat cara storyboard dihasilkan


Dapat melihat semua bahagian yang ada dalam proses animasi 3D

Diharap semua pelajar dapat menimba sedikit sebanyak ilmu serta pengetahuan yang telah dikongsi oleh kakitangan Redang Digital berkaitan animasi 3D. Semoga pengalaman berkunjung ke Redang Digital akan kekal dalam ingatan pelajar. Kami mendoakan semua pelajar UiTM Kelantan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya masing-masing.

Daripada Abdullah bin Amr. r.a, Nabi SAW bersabda : "Sahabat yang terbaik disisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya." 
( Riwayat Ahmad dan Tirmizi )

Monday, November 4, 2013

Lawatan Dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu

Terlebih dahulu Redang Digital ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu di atas kesudian mengadakan lawatan ke studio kami. Program lawatan ini telah diadakan pada 30 Oktober 2013 yang lalu.

Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah diberi penerangan mengenai proses penerbitan animasi 3D dari pelbagai aspek seperti membina model 3D, penyediaan storyboard, proses 'video editing' dan banyak lagi penerangan-penerangan lain yang telah diberikan kepada para pelajar.

Asyik melihat video yang ditunjukan oleh Che Ku Afandi

Para pelajar melihat proses penerbitan animasi 3D

Bertanya cara-cara membuat storyboard kepada Che Ku Nasaruddin

Zakaria (duduk) sedang menerangkan cara menyediakan model 3D sambil diperhatikan oleh En Ahmad Azrin

Diharap pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Kuala Terengganu dapat menimba pengalaman baru serta menambah sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan animasi 3D.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat  dalam program lawatan kali ini. Semoga apa yang dapat dipelajari di sini dapat dimanfaatkan sekaligus dapat menambahkan minat para pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D.

Sunday, July 3, 2011

Lawatan Dari Tadika Islam Pintar Kuala Terengganu

Pada 30 Jun 2011 baru-baru ini, seramai 15 orang murid dari Tadika Islam Pintar diiringi oleh 4 orang guru telah datang melawat ke Redang Digital Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada proses menghasilkan sesebuah cerita animasi 3D. Ini merupakan buat pertama kalinya RDSB menerima lawatan daripada adik-adik yang belum lagi memasuki ke alam persekolahan.

Adik-adik kita ini di bawa melawat ke studio Pra-Produksi, Studio Animation dan juga Studio tayangan 3D Stereoscopic.

Ketibaan adik-adik kita diiringi oleh tenaga pengajar Tadika Islam Pintar KT


Adik-adik kita sedang mendengar taklimat ringkas daripada pihak RDSB


Sesi tayangan 3D Stereoscopic dan juga tayangan istimewa sedutan episod Taman Laut Musim 2

Kakitangan RDSB sedang melayan telatah adik-adik kita di Studio Pra Produksi.

Kakitangan RDSB sedang melukis karakter untuk dijadikan hadiah kepada adik-adik kita.

En Ahmad Azrin B. Abd Rahman sedang menghadiahkan cenderamata kepada semua murid
dari Tadika Islam Permata KT.


Adik-adik kita dari Tadika Islam Pintar Bergambar Kenangan Bersama Wakil Pihak RDSB

Pihak RDSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tadika Islam Pintar Terengganu kerana melawat produksi kami dan semoga lawatan ini mampu memberikan sedikit pendedahan awal dalam membentuk insan yang kreatif dan inovasif serta dapat menanam minat kepada adik-adik kepada bidang animasi.