Saturday, July 31, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur

Pada 30 dan 31 Julai 2010 yang lalu, Redang Digital Sdn Bhd telah berpeluang menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur yang bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Kuala Terengganu.

Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, Yang Dipertua Majlis Pemangku RajaTerengganu dan antara yang turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Said, iaitu Menteri Besar Negeri Terengganu.

En Ahmad Azrin sedang menerangkan sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Dato' Badlisham Ghazali







Tujuan utama karnival ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan tema “Meraikan Kreativiti”, pelbagai program inovasi telah disusun untuk semua lapisan masyarakat seperti pertandingan inovasi peringkat Zon Timur, Pameran Produk Inovasi, Ceramah Interaktif, Bengkel Inovatif dan Malam Kreativiti Muzikal.

Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Inovasi Malaysia kerana sudi menjemput pihak kami untuk turut serta dalam menjayakan program tersebut.

Monday, July 26, 2010

3D Visualization Short Course (Basic) - JPBD K.TRG

Alhamdullilah...

Syukur kepada Ilahi kerana Kursus Jangka Pendek 3D Visualization bersama Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Terengganu telah berlangsung dengan jayanya.

Kursus ini diadakan sebanyak dua sesi dengan setiap sesi diikuti dengan 13 orang peserta dan pada sesi kedua pula diikuti oleh 11 orang peserta. Peserta yang menyertai kursus ini adalah terdiri daripada Penolong Pengarah, Penolong Pegawai Perancang, Juruteknik, dan Pelukis Pelan.

Hari pertama kursus berlangsung

Sesi pertama telah diadakan pada 11 hingga 13 Julai 2010 dan sesi kedua pula berjalan pada 25 hingga 27 Julai 2010.

Para peserta yang sungguh bersemangat mempelajari '3D Visualization'

Antara pembantu tenaga pengajar yang sentiasa sibuk membantu para peserta

Kursus Jangka Pendek 3D Visualization ini telah dijalankan di Pusat Latihan Redang Digital Sdn. Bhd. sepenuhnya. Tenaga pengajar bagi kursus ini di ketuai oleh Cheku Afandi dan di bantu oleh ketua-ketua unit yang lain.


Kelihatan Cheku Affendi yang sedang memberi penerangan

Friday, July 16, 2010

Majlis Perpisahan En Mohd Norsham

Pada 15 Julai 2010 yang lalu, pihak pengurusan Redang Digital Sdn. Bhd. telah mengadakan majlis perpisahan untuk En Mohd Norsham Kalam yang akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Teknikal di sini.

Kelihatan En Ahmad Azrin sedang memberi ucapan penghargaan kepada En Mohd Norsham
(Masing-masing muka boring + ngantuk time dengar ceramah)

Beliau yang selama ini telah banyak menyumbang dalam pembangunan animasi di RDSB kini akan kembali meneruskan karier dalam bidang animasi di Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh setahun setengah bersama RDSB, pelbagai idea, ilmu serta tunjuk ajar berkaitan 3D Animasi telah disumbangkan oleh beliau bagi memantapkan lagi syarikat ini untuk terus bersaing dengan industri yang lain.


Sedang mendengar ucapan alu-aluan

Kelihatan En Mohd Norsham sedang memberi ucapan akhir kepada semua yang hadir

Para penonton yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjamu selera

Bagi pihak syarikat, kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh beliau dan seterusnya selamat maju jaya kepada En Mohd Norsham dalam menempuhi karier barunya.

Fahmi yang tiba-tiba muncul sambil memotong 'Q' kumpulan muslimah.
("Yeah, buleh ayang dua tokol!!!", katanya dengan gembira)

Monday, June 28, 2010

Pesta Minda Besut 2010

Pada 24 - 26 Jun yang lalu, Redang Digital Sdn Bhd telah diberi peluang untuk turut serta memeriahkan Program Pesta Minda Besut 2010 yang diadakan di perkarangan Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong, Besut.

Kelihatan masing-masing sedang mempersiapkan booth pameran

Sambutan yang menggalakkan semasa pameran berlangsung

Pameran ini yang dianjurkan buat kali kedua oleh pihak Pusat Minda Besut diadakan bertujuan bagi menghayati kehebatan dan keindahan minda manusia. Selain pameran dari pelbagai agensi yang terlibat, ianya juga telah dimeriahkan lagi dengan sesi taklimat daripada tokoh-tokoh akedemik yang terkenal serta jualan produk-produk menarik yang berkaitan pembangunan minda.

Redang Digital Sdn Bhd telah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan produk kami iaitu TV Siri Animasi Taman Laut yang sedang ditayangkan di saluran RTM TV2 serta produk-produk lain yang bakal ditayangkan iaitu TV Siri Animasi Chiee:Pengembaraan Si Genius.


Nasa dan Pok Ya sedang menunjukkan demonstrasi lukisan dan merekabentuk model 3D


Nasa sedang memberi tunjuk berkenaan 'digital drawing & painting' kepada pengunjung

Fahmi dan Hadi sedang mempromosikan siri TV Animasi Taman Laut manakala
Hazrin sedang melakukan demonstrasi lukisan pada hari ke-3

Antara mereka yang terlibat bagi menjayakan program ini


Sempat berposing sebelum bekemas untuk pulang