Showing posts with label Siri Animasi Taman Laut. Show all posts
Showing posts with label Siri Animasi Taman Laut. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Rakaman Suara Bagi Taman Laut Musim 2

Pihak produksi RDSB telah memulakan proses merakam suara bagi watak-watak di dalam Siri Animasi Taman Laut. Sebanyak empat episod telah berjaya dirakam dengan jayanya.

Antara watak yang telah selesai dirakamkan antaranya ialah watak Dadang oleh Fimie Don, watak Jet oleh Adam Aliff Tay Rozaki, watak
Otong oleh Muhammad Adi Mifzal, watak Tam oleh Muhammad Emir Danial, watak Uda oleh Fatah Faqrullah Ali, watak Krang oleh Muhammad Naim Daniel Baharin, watak Mia oleh Syahirah Juaini dan watak Siha pula dilakon suara oleh Syalynne Erynna Abdullah.




Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan Yang Ke-53

Pihak Redang Digital mengucapkan dengan ini mengucapkan Salam Kemerdekaan Yang Ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia...

Bersama-samalah kita memastikan negara kita yang tercinta akan terus kekal aman dan damai, seiring dengan matlamat 1Malaysia: Menjana Transformasi..

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan ini juga, pihak Redang Digital telah menyediakan wallpaper khas sempena hari merdeka khas buat seluruh peminat Siri Animasi Taman laut yang baru sahaja tamat siarannya di TV2..


Sila klik untuk download Wallpaper Edisi Khas Merdeka


Merdeka... Merdeka... Merdeka...

Saturday, July 31, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur

Pada 30 dan 31 Julai 2010 yang lalu, Redang Digital Sdn Bhd telah berpeluang menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur yang bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Kuala Terengganu.

Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, Yang Dipertua Majlis Pemangku RajaTerengganu dan antara yang turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Said, iaitu Menteri Besar Negeri Terengganu.

En Ahmad Azrin sedang menerangkan sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Dato' Badlisham Ghazali







Tujuan utama karnival ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan tema “Meraikan Kreativiti”, pelbagai program inovasi telah disusun untuk semua lapisan masyarakat seperti pertandingan inovasi peringkat Zon Timur, Pameran Produk Inovasi, Ceramah Interaktif, Bengkel Inovatif dan Malam Kreativiti Muzikal.

Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Inovasi Malaysia kerana sudi menjemput pihak kami untuk turut serta dalam menjayakan program tersebut.

Friday, June 18, 2010

Kibaran Poster Taman Laut

Pada Khamis (17 Jun 2010) yang lalu, satu poster gergasi Taman Laut telah selamat dikibarkan di luar pejabat Redang Digital Sdn. Bhd. bagi tujuan mempromosikan Siri Animasi Taman laut kepada orang ramai khususnya penduduk setempat di Bandar Kuala Terengganu.

Ianya juga bagi menyemarakkan lagi sambutan orang ramai terhadap tayangan Siri TV Animasi Taman Laut yang sedang ditayangkan di saluran RTM TV2 setiap hari jumaat jam 9.00 pagi.

Dari maklumbalas yang diperolehi, poster gergasi ini yang terletak di persimpangan yang sentiasa sibuk dan strategik telah menarik minat orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak.

Jadi apa tunggu lagi, jom mari kita sama-sama saksikan hasil karya animasi 3d tempatan.

Kelihatan beberapa kakitangan Redang Digital yang begitu teruja sebaik selesai pemasangan poster gergasi Taman Laut

Sunday, June 13, 2010

Friday, May 21, 2010

Siri Animasi Taman Laut di TV2

Alhamdulillah , Siri Animasi Taman Laut - produk animasi pertama keluaran Redang Digital telah berjaya disiarkan di kaca TV melalui siaran TV2, setiap Jumaat, pukul 9 pagi. Hasil usaha dan kerja keras para animator kami seramai 300 orang telah membuahkan hasil.

Siri ini disasarkan untuk golongan kanak-kanak sekolah rendah dan ke bawah. Bermula daripada proses idea, lakaran dan seterusnya animasi, kesemuanya dilakukan oleh anak-anak Terengganu. Siri yang mengisahkan tentang kehidupan alam laut dengan watak-watak utama adalah daripada ikan-ikan. Watak-watak sampingan lain daripada sotong, udang dan ketam pula mampu mencuit hati penonton dengan keletah-keletah mereka yang kelakar dan menghiburkan. Kami telah berjaya membuktikan usaha kami mampu menjana hasil yang setanding dengan animasi lain.

Melalui hasil karya yang asli, bahasa yang mudah difahami dan grafik yang menarik, siri animasi ini dijangka mampu menarik minat ramai penonton. Bersama-samalah kita menyokong usaha meningkatkan industri animasi dengan menonton siri animasi ini.

Selamat menonton