Thursday, December 29, 2011

Majlis Perpisahan Nor Azlina Dan Nurul Ezati

Pada 29 Disember 2011, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi menghargai jasa salah seorang kakitangan RDSB iaitu Nor Azlina Binti Abdul Aziz yang bertugas sebagai Texture Artist dalam unit Pra-Produksi. Beliau tidak lagi dapat bersama-sama RDSB kerana akan berpindah ke Pahang.Turut diraikan pelatih praktikal daripada Universiti Teknikal Malaysia , Melaka (UTeM) iaitu Nurul Ezati Binti Hassan yang tamat tempoh praktikal beliau pada 29 Disember 2011.Pihak RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Nor Azlina dan Nurul Ezati dalam menempuh cabaran mendatang dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih diatas segala jasa dan sumbangan mereka kepada pihak syarikat.

Nor Azlina dan Nurul Ezati sedang memotong kek

Kakitangan RDSB sedang membaca doa perpisahan

En. Ahmad Azrin Abd Rahman sedang memberi kata-kata semangat
kepada Azlina & Ezati

Sunday, July 3, 2011

Lawatan Dari Tadika Islam Pintar Kuala Terengganu

Pada 30 Jun 2011 baru-baru ini, seramai 15 orang murid dari Tadika Islam Pintar diiringi oleh 4 orang guru telah datang melawat ke Redang Digital Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada proses menghasilkan sesebuah cerita animasi 3D. Ini merupakan buat pertama kalinya RDSB menerima lawatan daripada adik-adik yang belum lagi memasuki ke alam persekolahan.

Adik-adik kita ini di bawa melawat ke studio Pra-Produksi, Studio Animation dan juga Studio tayangan 3D Stereoscopic.

Ketibaan adik-adik kita diiringi oleh tenaga pengajar Tadika Islam Pintar KT


Adik-adik kita sedang mendengar taklimat ringkas daripada pihak RDSB


Sesi tayangan 3D Stereoscopic dan juga tayangan istimewa sedutan episod Taman Laut Musim 2

Kakitangan RDSB sedang melayan telatah adik-adik kita di Studio Pra Produksi.

Kakitangan RDSB sedang melukis karakter untuk dijadikan hadiah kepada adik-adik kita.

En Ahmad Azrin B. Abd Rahman sedang menghadiahkan cenderamata kepada semua murid
dari Tadika Islam Permata KT.


Adik-adik kita dari Tadika Islam Pintar Bergambar Kenangan Bersama Wakil Pihak RDSB

Pihak RDSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tadika Islam Pintar Terengganu kerana melawat produksi kami dan semoga lawatan ini mampu memberikan sedikit pendedahan awal dalam membentuk insan yang kreatif dan inovasif serta dapat menanam minat kepada adik-adik kepada bidang animasi.



Tuesday, June 21, 2011

Seminar Masterclass Bersama Raman Hui

Pada 18 Jun 2011 (Sabtu), pihak syarikat telah menghantar seramai 4 orang kakitangan yang diketuai oleh Zahuri Harun (Creative Director), Engku Faizal Fitri Che Engku Ngah (Animation Director), Muhammad Hadi Mohd Ali (Head of Rigging Department) dan W. Muhammad Khaidir W. Hashim (Animator) ke 'Seminar Masterclass Bersama Raman Hui' bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di Panggung Eksperimen ASWARA. 

Ianya merupakan Latihan Modal Insan bagi memfokuskan kepada Industri Animasi dan Kesan Khas anjuran Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Raman Hui merupakan satu nama besar dalam penerbitan filem-filem Animasi di arena antarabangsa di bawah terbitan Dream Works SKG seperti SHREK dan KUNGFU PANDA.






















Seminar Masterclass ini terbahagi kepada 2 sesi pembentangan iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi - Pembentangan pertama (En. Muhd Usamah Zaid Yasin : Chief Animator of Les Copaque Sdn Bhd) selama 1 jam. Pembentang kedua (En. Jordan Sulaiman : Creative Director / Visual Efects Supervisor of Studio Voxel) selama 1 jam. Kemudian diikuti dengan sesi soal jawab selama 30 minit. Manakala pada sesi petang pula bersama pembentang Raman Hui (Animation Director / Supervising Animator / Lead Character Designer of Dream Works Studio / PDI).

Objektif seminar ini dianjurkan adalah untuk berkongsi model pekerjaan dan konsep tentang syarikat animasi yang terkenal di rantau Asia terutamanya di dalam pasaran yang berpotensi dan keperluan pengisian. Selain itu, ia juga untuk berkongsi pembikinan di balik tabir bagi pengisian kreatif yang bertaraf dunia untuk persiapan ke arah melahirkan bakat yang sedia di terima industri masa kini. Seminar ini juga diadakan untuk mendapat nasihat untuk persediaan kerajaan Malaysia didalam pembangunan industri kreatif bagi menjana ekonomi berpendapatan tinggi.

Wednesday, June 1, 2011

Majlis Perpisahan Muhammad Faiq

Redang Digital Sdn. Bhd. telah mengadakan majlis perpisahan Muhammad Faiq Bin Abdul Halim iaitu pelatih praktikal daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang telah menamatkan latihan praktikal di sini pada 1 Jun 2011. Beliau telah menjalani latihan selama lima bulan di Redang Digital.

Faiq sedang memotong kek sambil diperhatikan oleh sebahagian petugas produksi RDSB

En. Ahmad Azrin Bin Abd Rahman sedang memberikan kata-kata semangat kepada Faiq agar terus berjaya di dalam industri Kreatif.

Antara petugas produksi yang hadir ke majlis perpisahan tersebut.

Akhir kata, pihak produksi RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Muhammad Faiq Bin Abdul Halim dan beharap segala tunjuk ajar dan latihan selama lima bulan berada di RDSB dapat memberikan manfaat serta pengalaman baru di dalam bidang penerbitan animasi 3D.