Pada 3 September 2013, RDSB telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H bertempat di perkarangan pejabat RDSB. Majlis yang sederhana tersebut telah diraikan oleh kesemua kakitangan RDSB dan juga para jemputan yang terdiri daripada jiran RDSB yang berdekatan.
Majlis sambutan ini berlangsung seawal pagi dan berakhir pada waktu tengahari. Banyak juadah dihidangkan dan pelbagai kuih muih turut disajikan. Majlis ini merupakan satu platform untuk mengeratkan lagi dan kemesraan di kalangan kakitangan RDSB dan juga jiran yang berdekatan.
AJK Majlis Sambutan Hari Raya 2013 sedang menyiapkan tempat untuk majlis raya
Menyediakan tempat untuk membakar daging kambing
Kakitangan RDSB sedang bekerjasama membakar daging kambing
Semoga untuk tahun-tahun mendatang RDSB akan terus mengekalkan lagi tradisi majlis sambutan raya aidilfitri bagi memastikan ukhwah di kalangan kakitangan RDSB dapat dieratkan dari masa ke semasa.
Daripada Abdullah bin Amr. r.a, Nabi SAW bersabda : "Sahabat yang terbaik disisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)