Sunday, January 26, 2014

Lawatan Ke Singapura Dan Universal Studio

Pada 12 hingga 14 Disember 2013, selepas hampir setahun membuat perancangan untuk mengadakan lawatan ke Singapura dan Universal Studio akhirnya RDSB berjaya melakar impian untuk melangkah kaki ke bumi Singapura dan melihat sendiri kehebatan yang ada di Universal Studio.
Tujuan utama kami ke Singapura adalah untuk merasai sendiri kehebatan yang ada di Universal Studio. Banyak tempat-tempat menarik di dalam Universal Studio yang boleh dilawati dan bukan sekadar bergambar dengan watak-watak animasi sahaja. Justeru, masa yang diperuntukkan benar-benar berharga. 
Sesetengah tempat mungkin biasa sahaja di bahagian luar bangunannya, tetapi terdapat aktiviti yang sangat menarik di dalamnya. Antaranya Shrek 4-D Adventure di bangunan Istana Far Far Away dimana kita berpeluang menyaksikan animasi pendek beserta dengan kesan khas 4-D yang cukup hebat. Selain itu, Jurassic Park Rapid Adventure di Lost World yang memnyebabkan kita basah lecun semasa menyusuri sungai di kawasan dinasour tersebut.
Bahagian yang paling menarik mestilah di Sci-Fi City. Bandar ini dipenuhi dengan tarikan-tarikan yang hebat. Paling popular sudah pastilah Transformers The Ride. Disini, tahap kepuasan maksimum dapat dirasakan. Bayangkanlah kita menaiki kenderaan seolah-olah kita sedang diselamatkan oleh Optimus Prime. Memang terbaik.


Pemandangan di Merlion Park


Kakitangan RDSB bergambar beramai-ramai di Merlion Park

Pemandangan di dalam Universal Studio, Singapura

Pemandangan di dalam Universal Studio, Singapura

Pemandangan di dalam Universal Studio, Singapura

Pemandangan di dalam Universal Studio, Singapura

Pemandangan di dalam Universal Studio, Singapura

Pemandangan di dalam Universal Studio, Singapura

Sesungguhnya kunjungan kami ke Universal Studio Singapura (USS) ini memang meletihkan tetapi sangat menyeronokkan. Kunjungan kami ini merupakan satu kunjungan yang tidak dapat kami lupakan. Disamping itu juga, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.
Firman Allah SWT bermaksud : " Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan ( untuk sementara waktu sahaja ) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. " (Ghafir : 39)