Wednesday, October 13, 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada hari Sabtu 2hb Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431H yang lalu, Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Restoran Paradise Deluxe. Dengan adanya majlis ini, semua staff Redang Digital Sdn Bhd dapat mengeratkan lagi silatulrahim diantara kakitangan. Ia juga diserikan lagi dengan acara menukar hadiah diantara sesama kakitangan serta cabutan bertuah.

Dikesempatan ini juga Redang Digital Sdn Bhd mengucapkan Salam Hari Lebaran kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Aidilfitri kali in di sambut dengan penuh kesyukuran, Alhamdullilah.

CEO RDSB, En. Ahmad Azrin Abd Rahman selaku Pengerusi Majlis

Kakitangan Redang Digital Sdn. Bhd.

Hulubalang Redang Digital Sdn Bhd

Antara hadirin yang hadir

Masing-masing sabar menunggu sesi makan

Thursday, September 2, 2010

Majlis Berbuka Puasa Warga Redang Digital

Bersempena kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah yang diibaratkan umpama bulan pesta ibadah dimana kemeriahan Ramadhan pasti tidak akan lengkap tanpa Majlis Berbuka Puasa. Majlis Berbuka Puasa khas untuk semua kakitangan Redang Digital Sdn. Bhd. telah diadakan di Hotel YT MidTown, Kuala Terengganu pada 1 September 2010 bersamaan 22 Ramadan 1431 Hijrah baru-baru ini.

Seramai 34 orang staf telah menghadiri majlis berbuka tersebut. Majlis ini juga adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara staf selain boleh bertukar-tukar pendapat.














Jutaan terima kasih kepada semua staf yang hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini. Dikesempatan ini juga ucapan Selamat Meyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1431H dan Hari Kemerdekaan yang ke-53 dari warga Redang Digital Dsn. Bhd.


Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kebangsaan Dari Chiee dan Kawan-kawan

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini, Chiee dan kawan-kawan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

Dapatkan Wallpaper Edisi Khas sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke-53 daripada kami..

Sila download dan kongsi dengan kawan-kawan anda yang lain..


Sila klik untuk download Wallpaper Edisi Khas Merdeka


Jangan lupa kongsi tau...
Merdeka...