Sunday, October 19, 2014

Nantikan Kemunculannya Adi Genius


Tuesday, September 9, 2014

Selamat Menjawab Peperiksaan UPSR 2014


Thursday, August 7, 2014

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua umat Muslimin dan Muslimat terutama kepada semua bloger yang sentiasa mengikuti perkembangan kami. Walau dimana jua anda berada semoga anda semua selamat, sihat, ceria gembira dan bahagia di samping insan yang tersayang.

Semoga kehadiran lebaran kali ini dapat memberi satu anugerah dan hadiah yang terindah buat kita semua setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari keredaan dan ganjaran disepanjang bulan Ramadan. Raikan Syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran agar kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan pada tahun-tahun akan datang.

Di kesempatan ini juga, Redang Digital ingin mengambil kesempatan memohon ampun diatas segala salah dan silap. Semoga lebaran kali ini kita sambut dengan hati dan jiwa yang bersih serta penuh keinsafan.

Semoga kehadiran 1 Syawal1435H / 2014 yang menjelma ini akan membawa sejuta rahmat dan kemenangan buat Redang Digital dan seluruh umat Islam... InsyaAllah...Bersama kita Berjuang! Teruskan Berdoa!.

Monday, April 14, 2014

Lawatan Dari Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu

Syukur Alhamdullilah. Hari ini, pada 19 Februari 2014 kami di Redang Digital telah menerima kunjungan daripada pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Di mana pelajar ini sedang mengikuti kursus FP511 - Human Computer Interaction. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar di luar bilik kuliah, di samping memperolehi ilmu pengetahuan semasa dari pihak Redang Digital. Seramai 30 orang pelajar serta 2 orang pengiring telah hadir dalam lawatan tersebut.


CEO RDSB memberi taklimat berkaitan perjalanan production

Memberi perhatian ketika taklimat sedang diberikan

Asyik mendengar penjelasan tentang perjalanan animasi 3D

Sedikit ucapan di sampaikan oleh pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
mengenai hasil yang diperolehi dari lawatan yang diadakan

Melihat lebih dekat perjalanan production

Penerangan ringkas berkaitan modeler 3D

Memberi sedikit tunjuk ajar kepada adik-adik bagaimana untuk menghasilkan
produk 3D










CEO memberi sedikit penerangan mengenai animasi 3D secara lebih dekat

Melihat sendiri bagaimana animasi 3D dijalankan





Pensyarah Politeknik Sultan Mizan menyampaikan cenderahati kepada pihak RDSB

Bergambar kenangan bersama CEO serta pihak Politeknik Sultan
Mizan Zainal Abidin

Bergambar kenangan bersama para pelajar


RDSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu kerana sudi datang melawat ke tempat kami. Diharap pihak politeknik berpuas hati dengan layanan yang  di berikan oleh pihak kami. Semoga adik-adik dapat belajar dan mengambil sedikit sebanyak apa yang telah dilihat.