Tuesday, December 28, 2010

Chiee Pengembaraan Si Genius Kembali Bersiaran

Siri Animasi Chiee Pengembaraan Si Genius kini kembali disiarkan di TV2 pada setiap hari Ahad, jam 7.00 malam. Ianya merupakan siaran ulangan yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminat siri animasi Chiee sebelum ini.

Jangan lupa untuk menonton Chiee ye...




Wednesday, December 8, 2010

Lightwave 3D Tutorial : 3D Text





Special Thank to 108pyramids for sharing this tutorial via Youtube

Wednesday, December 1, 2010

Lightwave 3D Tutorial : Membuat Model Asas Rumah

Anda dikehendaki membuka perisian Lightwave : Modeler

Langkah 1

1. Bina satu kotak
Create – Primitive - Box ( Shift + x )

2. Numberic – ( n )
Width – 8 m
Height – 2.5 m
Depth – 10 m


Langkah 2: Membuat Bumbung Rumah

3. Pilih polygon atas kotak

Multiply – Bevel ( b )

Top view – Tekan Ctrl + klik butang kiri tetikus dan seret ke Kanan

Back view – Klik butang kanan tetikus – klik butang kiri dan seret ke atas



Sunday, November 28, 2010

Siri Animasi TV Chiee: Pengembaraan Si Genius

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah yang berlaku pada Siri TV Animasi Chiee: Pengembaraan Si Genius musim pertama yang telah menamatkan tayangannya sebanyak 13 episod pada hari jumaat, 26 November 2010 yang lalu.

Di kesempatan ini pihak produksi Redang Digital Sdn. Bhd. ingin memohon seribu kemaafan jika berlaku sebarang kesilapan dan kesalahan sepanjang siri ini ditayangkan di saluran RTM TV2. Harapan kami semoga diberikan peluang untuk menyambung lagi siri TV ini untuk musim seterusnya pada masa akan datang.

Semoga semua penonton mendapat ilmu dan manfaat daripada siri TV ini. Dengan ini kepada semua pembaca blog yang dikasihi sekalian, nikmatilah gambar-gambar daripada Siri TV Animasi Chiee :Pengembaraan Si Genius.