Showing posts with label Pra-Produksi. Show all posts
Showing posts with label Pra-Produksi. Show all posts

Monday, May 3, 2010

Berkenalan Dengan Unit Pra-Produksi Bhg 2

Haa... kita sambung kembali berkenalan dengan kakitangan RDSB di dalam unit Pra-Produksi, Di atas ialah Arif, beliau bertanggungjawab sebagai 3D modeler iaitu merekabentuk objek, props, karakter mahupun environment berdasar apa yang telah dilakar oleh En. Norsyam dan juga Nasa dalam bentuk tiga dimensi.

Seterusnya mari kita berkenalan dengan Pok Ya, beliau juga bertanggungjawab merekabentuk objek, props, karakter dan juga environment dalam bentuk model tiga dimensi.

Haa... ni pula Pok Nik, beliau juga bertanggungjawab sama seperti Arif dan juga Pok Ya iaitu merekabentuk objek objek,props,karakter dan juga environment dalam bentuk 3D.


Seterusnya iaitu Kak Ta, beliau bertanggungjawab sebagai penulis skrip, merangka sinopsis plot cerita baru dan juga merangka proposal cerita yang bakal dijalankan oleh produksi RDSB.

Sunday, April 25, 2010

Mari Berkenalan Dengan Unit Pra-Produksi RDSB

Mari kita mulakan dengan Nasa, beliau bertanggungjawab untuk merekabentuk karakter, merekabentuk konsep seni, menyemak tekstur pada karakter, objek, environment dan menyemak storyboard yang telah dilukis oleh storyboard artis.

Seterusnya memperkenalkan Hazrin. Beliau bertangunggjawab melukis storyboard berdasarkan skrip yang telah disiapkan oleh Kak Ta penulis skrip RDSB.



Seterusnya mari kita berkenalan pula seorang lagi storyboard artis RDSB iaitu Faiz. Beliau juga bertanggjawab sama dengan Hazrin iaitu merekabentuk storyboard ataupun papan cerita.


Ha nie pula seorang lagi kakitangan RDSB iaitu Shah. Beliau bertanggungjawab merekabentuk tekstur bagi setiap objek props,karakter mahupun environment yang telah dihasilkan oleh modeler.


Bahagian tekstur juga diceriakan dengan Na, beliau juga bertanggungjawab sama seperti Shah iaitu merekabentuk tekstur bagi setiap model. Sampai di sini dahulu perkenalan kita dengan kakitangan RDSB, jumpa lagi.. bye.