Pada 17 Jun 2013, Redang Digital Sdn Bhd telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong, Pahang. Rombongan disertai oleh 41 orang pelajar beserta 4 orang guru pengiring. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak syarikat ketika sesi lawatan tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari lawatan adalah sesi taklimat dan penerangan ringkas berkaitan dengan Redang Digital serta proses produksi, penayangan video stereoscopic 3D, demonstrasi cara merekod atau merakam suara (Voice Over Recording), serta melihat perjalanan produksi bagi membuat Animasi 3D (live demo).
Sesi bergambar diantara para pelajar, guru pengiring dan kakitangan RDSB
Para pelajar sedang mendengar taklimat berkaitan RDSB
Para pelajar sedang khusyuk melihat tayangan 3D Stereoscopic
Pihak syarikat
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membuat
lawatan ke tempat kami dan berharap informasi yang telah diberikan dapat membantu memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai prospek kerjaya dalam bidang kandungan kreatif.
Pihak syarikat mengalu-alukan sebarang lawatan atau kunjungan ilmu daripada institusi pendidikan, organisasi atau sebarang pertubuhan. Pihak kami komited untuk sama-sama mengembangkan industri kandungan kreatif agar lebih dekat dengan orang ramai dan menjadi antara kerjaya pilihan generasi muda.