Wednesday, December 29, 2010

Cameron Highland 'Treasure Hunt'

Pada 22, 23 & 24 Dis. 2010 yang lalu, pihak pengurusan Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan program Treasure Hunt ke Cameron Highland. Program ini diadakan sempena program tahunan 'Family Day' syarikat yang sudah lama tidak dianjurkan.

Setiap peserta diberikan soalan-soalan berkaitan yang perlu dijawab dengan tepat sepanjang perjalanan ke Cameron Highland.

Program 'Treasure Hunt' yang baru pertama kali diperkenalkan telah menjadikan perjalanan lebih menarik kerana para peserta perlu menjawab soalan teka-teki yang mana jawapannya tersedia di sepanjang perjalanan.


Penginapan Kami di Honeymoon Villa.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyusun puzzle bagi kanak-kanak.

Penyampaian hadiah.

Sesi bergambar untuk semua kakitangan yang mengambil bahagian.

Peserta tempat pertama yang telah memenangi Treasure Hunt ini adalah kereta yang bernombor 22. Tempat kedua dimenangi oleh kereta yang bernombor 10 dan tempat ketiga dimenangi oleh kereta yang bernombor 11. Hadiah adalah merupakan penginapan tiga hari dua malam di Genting Highland.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama kakitangan.