Tuesday, April 30, 2013

Majlis Perpisahan Pelatih Anami Zakaria

Pada Isnin , 29 April 2013 satu majlis perpisahan pelatih praktikal iaitu Anami Zakaria pelajar daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), beliau telah menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di pejabat Redang Digital Sdn Bhd. Anami banyak terlibat dalam proses menghasilkan video pilot Bahagian Teknologi Pendidikan subjek Matematik tahap awal. Semoga saudara Anami terus berjaya dan menempuh ke alam pekerjaan.

Anami menerima cenderahati daripada CEO RDSB En Ahmad Azrin

Anami bersama dengan kakitangan RDSB

Anami bersama dengan kakitangan RDSB


Wednesday, April 17, 2013

Lawatan FINAS


Pada hari Rabu 17 April 2013 satu lawatan kerja daripada Perbadanan Filem Negara (FINAS) untuk melihat perkembangan proses pembikinan filem Luncai. Delegasi daripada FINAS juga menilai proses animasi yang telah dilakukan oleh pihak RDSB bagi mencapai 60% proses animasi bagi filem Luncai.

Kami daripada RDSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada FINAS kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem animasi Luncai. 

Delegasi Pelawat daripada FINAS sedang melawat di bahagian editing

Delegasi Pelawat daripada FINAS sedang melawat di bahagian editing

Delegasi Pelawat daripada FINAS sedang melawat di bahagian animasi

Sunday, January 13, 2013

Lakonan Cinematografi Filem Luncai

Pada 28 November 2012 hingga 4 Disember 2012 bertempat di pusat kebudayaan dan kesenian Terengganu. Satu lakonan cinematografi dan sudut kamera diarahakan sendiri oleh sutradara terkeneal iaitu Aziz M Osman bagi filem Luncai melibatkan pelakon teater negeri Terengganu. Antara pelakon yang terlibat Mohd Zaheruddien M Sulong, Rosaidawati Rosli, Mohd Shamsul Bahari, Md Handeriyano Mohd Annuar, Rohazlina Omar, Mazlan Zakaria, Khairuddin Hanippah, Ida Marissa Marzukhe & Zainuddin Mohamed.

Lakonan cinematografi sedang dijalankan arahan Aziz M Osman

Lakonan cinematografi sedang dijalankan arahan Aziz M Osman


Krew & lakonan cinematografi bergambar bersama Aziz M Osman

Pada 10 januari 2013 hingga 11 Januari 2013 iaitu sesi kedua lakonan cinematografi dijalankan bertempat di Dewan Balai Raya Kampung Banggol. RDSB juga menjemput 2 orang Kareografer Seni Silat Laksamana iaitu Halimullah Mat Ali & Zainudin Mat Ali untuk rujukan scene bersilat.

Lakonan cinematografi sedang dijalankan arahan Aziz M Osman


Kareografer Seni Silat Cekak Laksamana


Sunday, December 16, 2012

Majlis Perpisahan Pelatih Nur Fasihah Ibrahim

Pada Khamis  ,13 Disember 2012 satu majlis perpisahan pelatih praktikal iaitu Nur Fasihah Ibrahim  pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau telah menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di pejabat Redang Digital Sdn Bhd. Semoga saudari Nur Fasihah terus berjaya dan menempuh ke alam pekerjaan.

Nur Fasihah menerima cenderahati daripada Pengarah Operasi RDSB Pn Mazlina

Nur Fasihah bersama dengan kakitangan RDSB

 Nur Fasihah bersama dengan kakitangan RDSB