Tuesday, October 16, 2012

Mesyuarat Bersama Pengarah Filem LUNCAI Aziz M Osman

Pada 1 Ogos 2012, Redang Digital Sdn Bhd amat berbesar hati kerana kedatangan pengarah tersohor tanahair Aziz M Osman yang akan merangkap sebagai pengarah Filem Luncai. Skrip asal Luncai ditulis oleh Zahuri Harun telah diolah semula jalan ceritanya.Terdapat penambahan beberapa watak dalam skrip terbaru yang diperbaiki oleh Aziz M Osman iaitu Raja Jala, Permaisuri, Dayang  dan juga perubahan tempat.

Pada 3 September 2012 satu lagi mesyuarat diadakan bersama dengan pengarah Aziz M Osman, Fhytullah Hamzah (Kromosom) konsep artis dan Amran Abu Sidek sebagai pengarah teknikal. Pada 10 Oktober 2012, Aziz M Osman telah berjaya menyiapkan skrip Luncai.

Aziz M Osman & Amran Sidek bermesyuarat bersama kakitangan RDSB

Aziz M Osman & Amran Sidek bermesyuarat bersama kakitangan RDSB
Aziz M Osman & Fhytullah Hamzah bermesyuarat bersama kakitangan RDSB
Aziz M Osman bermesyuarat bersama kakitangan RDSB
Aziz M Osman bermesyuarat bersama kakitangan RDSB

Sunday, October 7, 2012

Perbincangan Skrip Chiee Episod 12: Rumah Lama

Siri animasi 3D Chiee Pengembaraan Si Genius mengandungi 13 episod kesemuanya dan kini Pre Production sedang giat menyiapkan skrip terbaru episod 12 bertajuk Rumah Lama. Episod ini mengisahkan tentang perbezaan antara spesies kelawar dan keluang serta bagaimana berlakunya proses pereputan kayu dan besi apabila terlalu lama terdedah kepada udara tanpa penjagaan yang sewajarnya.

Pre production bersatu hati untuk menyiapkan kesemua episod Chiee dengan cepat dan menghasilkan skrip yang bermutu.





Che Ku Afandi dan Ketua-ketua Unit sedang berbincang dan menilai skrip yang telah disediakan oleh penulis skrip.
Perbincangan kedua telah diambil alih oleh En. Mohd Norsham untuk meneruskan perbincangan mengenai skrip yang disediakan.
Perbincangan untuk jalan cerita Chiee episod 12 masih rancak berjalan.



Wednesday, September 26, 2012

MSC Malaysia IPCC 2012


Redang Digital Sdn Bhd telah berjaya memenangi pertandingan berprestig anjuran MDeC : Intellectual Property Challenge (IPCC 2012) bagi kategori Animasi.

Cerita yang telah menambat hati juri ialah Dim'mo; mengisahkan kisah seekor buaya yang comel, cerdik dan penyayang bersama rakan-rakannya; burung hantu dan zirafah. Cerita ini disasarkan untuk golongan kanak-kanak berumur 1- 5 tahun. Melalui pendekatan watak berwarna warni, latarbelakang yang ceria dan dialog yang mudah; sememangnya Dim'mo menepati citarasa bukan sahaja para juri malah mendapat komen yang positif daripada mentor-mentor.
 

 Sesi Pitching yang dibentangkan oleh Cik Omizani & En Tn. Mohd Zamzuri pada 15 September 2012

 Wakil RDSB : Cik Omizani & En Tn Mohd Zamzuri menerima replika cek daripada pihak MDeC

Sesi bergambar para pemenang MSC Malaysia IPCC 2012 (Kategori Animasi)

Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah bagi semua pemenang pertandingan MSC Malaysia IPCC 2012 telah diadakan di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya pada 19 September 2012. Setiap pemenang berjaya memperolehi hadiah kemenangan berupa WANG TUNAI RM 50,000.00 untuk membangunkan sizzles/trailer cerita mereka. Selain itu berpeluang mengikuti pelbagai bengkel berkaitan industri kreatif daripada penceramah terkemuka. RDSB juga bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor-mentor berkaliber sepanjang membangunkan trailer Dim'mo.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Team Dim'mo kerana telah berjaya memenangi pertandingan ini. Terima kasih kepada MDeC, mentor, rakan-rakan pemain industri dan semua yang menyokong RDSB & Dim'mo.

Sunday, September 2, 2012

Lawatan Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan Rombongannya

Kunjungan hormat daripada YB Dato' Wan Hisham Wan Salleh. Kunjungan beliau adalah untuk melihat bagaimana perjalanan Production dan juga memperkenalkan Redang Digital kepada teman yang beliau bawa bersama.

Melihat bagaimana perjalanan production sambil diberi penerangan oleh CEO RDSB, En. Ahmad Azrin Abd Rahman dan juga Pengarah Urusan RDSB, En. Abdul Latif Ibrahim.




Salah seorang teman yang dibawa oleh YB Dato' Wan Hisham melihat bagaimana production berjalan