Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2009

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
-
Surah Al Baqarah: 183


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi."
- Hadis Sahih Riwayat Al-Nasaai.

Monday, August 17, 2009

Redang Digital - The Returns


Rasanya sudah agak lama Laman Blog Redang Digital ini tidak dikemaskini... Mungkin kerana kesibukan dalam menjalankan tugas harian dan projek-projek yang sentiasa mengejar 'Dateline' membataskan kerja kemaskini... Pihak Redang memohon maaf di atas kekurangan ini.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk dikongsi bersama bagi meningkat lagi laman blog kami ini.

Terima kasih.


.

Thursday, July 23, 2009

Majlis perpisahan Gha

Pada hari ini (23 Julai 2009), pihak pengurusan Redang Digital Sdn. Bhd telah mengadakan majlis perpisahan untuk Nazihah yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Eksekutif Multimedia di sini.

Beliau telah berkhidmat di Redang Digital lebih kurang 2 tahun. Sepanjang beliau berada disini, beliau telah banyak membantu dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran syarikat.



Gha memotong kek dengan perasaan sebak dan terharu


Selamat maju jaya kepada gha dan jutaan terima kasih atas segala jasa yang disumbangkan