Tuesday, November 25, 2008

Kempen Derma Darah 2008

Kempen derma darah anjuran pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi mengisi tabung darah telah diadakan bertempat di pejabat Redang Digital Sdn Bhd Jalan Pasir Panjang pada 25 November 2008.

Kempen derma darah ini juga telah diadakan di Pusat Latihan D3D@Terengganu, Parlimen Hulu Terengganu pada 18 November 2008 yang lalu. Kempen derma darah ini juga akan bergerak seterusnya ke Pusat Latihan D3D@Terengganu Parlimen Besut.







Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kempen yang diadakan ini.

Monday, November 3, 2008

MINGGU SAINS DAN TEKNOLOGI TERENGGANU 2OO8

Minggu Sains Dan Teknologi Terengganu 2008 telah diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Minggu Sains ini diadakan bagi bertujuan mendedahkan tentang perkembangan sains dan teknologi terkini kepada rakyat Negeri Terengganu.

Pameran ini telah berlangsung pada 31 Oktober 2008 hingga 2 November 2008. Redang Digital telah menyertai pameran tersebut dibawah Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN). Pada pameran kali ini Redang Digital telah membawa 1 unit
stereoscopic untuk diperkenal dan dipertontonkan kepada orang ramai yang menghadiri pameran tersebut.



En Ishamudin bin Hashim sedang memberi penerangan kepada YB Ahmad Razif bin Abd Rahman



Pengunjung pameran sedang menonton tayangan stereoscopic



Pengunjung sedang melihat tayangan produk Redang Digital.



Perantis D3D@Terengganu sedang membuat demonstrasi dengan menggunakan perisian LightWave 3D.

Thursday, October 23, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA REDANG DIGITAL KUALA TERENGGANU

Bertarikh 23 Syawal 1429 H bersamaan 23 Oktober 2008, Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi mengucap syukur keatas pemberian Yang Maha Kuasa atas nikmat yang telah diberikan selama ini. Majlis sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran staf produksi Chendering, perantis D3D@Terengganu Kuala Terengganu, staff pengurusan Redang Digital, staf produksi Besut dan Hulu Terengganu, para tetamu jemputan termasuk Pengerusi Redang Digital Sdn Bhd, En Abdul Latif dan keluarga. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Redang Digital, En Ahmad Azrin dan seterusnya bacaan doa oleh En Wan Ahmad Yaser. Semoga sambutan ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan persahabatan diantara kita dan seterusnya dapat merapatkan jurang yang terjalin selama ini. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin untuk semua.


En Ahmad Azrin memberi ucapan ringkas kepada semua hadirin

Dah tiba waktu menjamu selera..

Pada masa ini, staf Redang Digital dapat bertemu dan beramah mesra diantara satu sama lain.