Thursday, March 15, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee & Taman Laut

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius & Taman Laut setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi dan 10.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 2 : Aman

Minggu 2 : Siha

Wednesday, March 14, 2012

[PERCUMA] KrafKertas Chiee & Taman Laut

Sempena tayangan musim ke-2 Chiee:Pengembaraan Si Genius & Taman Laut setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi dan 10.00 pagi di saluran RTM TV2, kami menyediakan krafkertas percuma setiap minggu yang boleh dimuat turun oleh peminat sekalian.

Minggu 1 : Chiee
Minggu 1 : Jet



Monday, January 9, 2012

Siaran Ulangan Chiee : Pengembaraan Si Genius


Siri TV animasi 3D Chiee : Pengembaraan Si Genius Musim Pertama , kini telah diulang tayang untuk tatapan anda semua. Jangan lupa untuk menyaksikan tayangannya di RTM saluran TV2 pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi. Pihak produksi ingin menjemput menonton siaran ulangan ini bagi peminat setia yang telah terlepas menonton pada sesi yang lepas. Semoga semua penonton terhibur dengan telatah Chiee dan rakan-rakannya.

Thursday, December 29, 2011

Majlis Perpisahan Nor Azlina Dan Nurul Ezati

Pada 29 Disember 2011, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi menghargai jasa salah seorang kakitangan RDSB iaitu Nor Azlina Binti Abdul Aziz yang bertugas sebagai Texture Artist dalam unit Pra-Produksi. Beliau tidak lagi dapat bersama-sama RDSB kerana akan berpindah ke Pahang.Turut diraikan pelatih praktikal daripada Universiti Teknikal Malaysia , Melaka (UTeM) iaitu Nurul Ezati Binti Hassan yang tamat tempoh praktikal beliau pada 29 Disember 2011.Pihak RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Nor Azlina dan Nurul Ezati dalam menempuh cabaran mendatang dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih diatas segala jasa dan sumbangan mereka kepada pihak syarikat.

Nor Azlina dan Nurul Ezati sedang memotong kek

Kakitangan RDSB sedang membaca doa perpisahan

En. Ahmad Azrin Abd Rahman sedang memberi kata-kata semangat
kepada Azlina & Ezati