Wednesday, April 21, 2010

Bilik Render

Redang Digital Sdn.Bhd telah membangunkan sebuah bilik render farm. Bilik render farm ini bertujuan untuk mempercepatkan proses render dan menjaga kualiti sesebuah animation yang dihasilkan, bilik render farm ini telah dilengkapi dengan 2 buah server dan 90 buah mikro komputer yang beroperasi selama 24 jam sehari. Dilik render ini diseliakan oleh seorang penyelia projek.


Kemudahan Rak Server yang ada di bilik render


Termenung Head of Render, Zam memikirkan cara yang lebih mudah untuk mempercepatkan proses render
Antara PC yang digunakan untuk render


Sunday, April 18, 2010

Pelatih Praktikal


Redang Digital Sdn. Bhd. berbesar hati menerima 2 orang pelatih praktikal daripada Kolej PSDC(Pahang Skills Development Centre) untuk menjalankan latihan praktikal mereka di tempat kami selama 3 Bulan.Selama menjalani latihan praktikal, mereka diberikan tunjuk ajar serta bimbingan oleh kakitangan RDSB merangkumi semua peringkat dalam bidang 3D animasi. Bermula daripada Idea development, Character design, Concept Art, Script, Modeler, Texturing, Rigging, Animation, Lighting dan Rendering.

Azizah Bt Omar (Berbaju kurung Cokelat) dan Azlin Bt Abdullah (Berbaju kurung Biru).

Friday, April 2, 2010

Karnival ICT & Multimedia 2010

Baru-baru ini Redang Digital Sdn Bhd telah mengambil bahagian di dalam Karnival ICT dan Multimedia yang berlangsung selama 4 hari bermula daripada 1 hingga 4 April 2010 di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu.

Berbincang untuk menyusun atur peralatan yang ada di dalam booth untuk persiapan karnival yang akan bermula

Tapak pameran Redang Digital Sdn Bhd telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke Karnival tersebut. Kebanyakan daripada pengunjung yang datang tertarik dengan tayangan 3D Stereoscopic yang dipertontonkan pada 2 dan 3 April 2010.

Tayangan 3D Stereoscopic yang menayangkan beberapa lokasi menarik di sekitar Kuala Terengganu secara maya 3 dimensi (3D) adalah merupakan antara tarikan utama para pengunjung ke karnival tersebut.


Thursday, April 1, 2010

Majlis Perpisahan Kakitangan RDSB

Pada 1 April 2010 yang lalu, Redang Digital Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis perpisahan salah seorang animator iaitu Mohd Faruzzuwan B Ibrahim. Terima kasih diucapkan kepadanya yang telah telah berkhidmat bersama Redang Digital Sdn Bhd selama 3 tahun. Redang Digital Sdn Bhd mengucapkan selamat maju jaya ke atas Faruzzuwan yang akan meneruskan khidmat cemerlangnya di tempat baru nanti.

Kakitangan RDSB sedang tekun mendengar taklimat daripada CEO RDSB, En Ahmad Azrin B Abd Rahman

En. Ahmad Azrin B Abd Rahman sedang menyampaikan ucapan.


Faruzzuwan (berbaju T-Shirt putih) bergambar dengan CEO RDSB serta kakitangan RDSB.