Monday, November 4, 2013

Lawatan Dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu

Terlebih dahulu Redang Digital ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu di atas kesudian mengadakan lawatan ke studio kami. Program lawatan ini telah diadakan pada 30 Oktober 2013 yang lalu.

Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah diberi penerangan mengenai proses penerbitan animasi 3D dari pelbagai aspek seperti membina model 3D, penyediaan storyboard, proses 'video editing' dan banyak lagi penerangan-penerangan lain yang telah diberikan kepada para pelajar.

Asyik melihat video yang ditunjukan oleh Che Ku Afandi

Para pelajar melihat proses penerbitan animasi 3D

Bertanya cara-cara membuat storyboard kepada Che Ku Nasaruddin

Zakaria (duduk) sedang menerangkan cara menyediakan model 3D sambil diperhatikan oleh En Ahmad Azrin

Diharap pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Kuala Terengganu dapat menimba pengalaman baru serta menambah sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan animasi 3D.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat  dalam program lawatan kali ini. Semoga apa yang dapat dipelajari di sini dapat dimanfaatkan sekaligus dapat menambahkan minat para pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D.

Lawatan SMK Bandar Kerayong

Pada 17 Jun 2013, Redang Digital Sdn Bhd telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong, Pahang. Rombongan disertai oleh 41 orang pelajar beserta 4 orang guru pengiring. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak syarikat ketika sesi lawatan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari lawatan adalah sesi taklimat dan penerangan ringkas berkaitan dengan Redang Digital serta proses produksi, penayangan video stereoscopic 3D, demonstrasi cara merekod atau merakam suara (Voice Over Recording), serta melihat perjalanan produksi bagi membuat Animasi 3D (live demo).


 
 Sesi bergambar diantara para pelajar, guru pengiring dan kakitangan RDSB

Para pelajar sedang mendengar taklimat berkaitan RDSB

Para pelajar sedang khusyuk melihat tayangan 3D Stereoscopic

Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membuat lawatan ke tempat kami dan berharap informasi yang telah diberikan dapat membantu memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai prospek kerjaya dalam bidang kandungan kreatif. 

Pihak syarikat mengalu-alukan sebarang lawatan atau kunjungan ilmu daripada institusi pendidikan, organisasi atau sebarang pertubuhan. Pihak kami komited untuk sama-sama mengembangkan industri kandungan kreatif agar lebih dekat dengan orang ramai dan menjadi antara kerjaya pilihan generasi muda.