Thursday, September 26, 2013

Kursus Asas Penerbitan Animasi


Pada 25 Ogos 2013 hingga 5 September 2013, pihak syarikat telah menerima seorang pelatih persendirian  untuk menjalani Kursus Asas Penerbitan Animasi (Pos-Produksi) secara perseorangan iaitu Cik Najeeba Atrash. Beliau merupakan seorang pelajar  dari Universiti Teknikal Melaka (UTEM). Tujuan beliau menyertai kursus ini adalah untuk mendalami asas penerbitan animasi serta menambah pengetahuan bagi menyiapkan kerja kursus yang bakal ditempuhi semester hadapan di tempat pengajian beliau.


Cik Najeeba Atrash (Kanan) bergambar kenangan bersama tenaga pengajar Che Ku Nasaruddin (kiri)


Kursus ini yang telah berjalan selama 10 hari melibatkan beberapa modul yang disediakan oleh pihak syarikat. Antara modul yang disediakan adalah Pengenalan kepada Asas Adobe Photoshop CS3, 'Storyline', Skrip, 'Storyboard', 'Shooting', Membina Model 3D, Pengenalan kepada editing menggunakan Software Edius dan lain-lain.

Akhir sekali, Kami di Redang Digital berdoa agar Cik Najeeba Atrash akan berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya serta bakal menghasilkan sesuatu bahan penerbitan kreatif yang terbaik.